Jelajah Mega Penerangan UMNO Bergerak Seiring Perkembangan Teknologi Maklumat

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Jelajah Mega Penerangan UMNO Malaysia bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said. Ujarnya, program tersebut dilaksanakan untuk menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memperkenalkan Agenda Malaysia Biru dan memberi penerangan mengenai isu-isu semasa. “Hari ini kita mengadakan Jelajah Penerangan bagi Negeri […]

» Read more

Agenda Malaysia Biru: Momentum Peroleh Semula Mandat Rakyat Pada PRU ke-16

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Sufian Maradzi berpandangan bahawa Agenda Malaysia Biru yang digagaskan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan momentum untuk memperoleh kembali mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ujarnya, jentera penerangan perlu memahami dan mempelajari mengenai dunia digital agar maklumat dapat disampaikan kepada rakyat dengan sebaik-baiknya. “Dalam menghadapi […]

» Read more

UMNO Selangor Perhebat Penerangan, Sasar Rampas Kembali Pentadbiran Negeri

KUALA LUMPUR, 10 Okt – UMNO Selangor terus mempergiat gerak kerja penerangan di semua peringkat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya dan usaha merampas kembali pentadbiran negeri itu. Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, pendekatan penerangan bukan sahaja perlu diperkukuh menerusi platform digital, malah kaedah tradisional juga perlu diteruskan bagi memastikan maklumat sampai kepada rakyat […]

» Read more

Agenda Malaysia Biru Isyarat Kesiapsiagaan UMNO Hadapi Pilihan Raya – Azalina

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Agenda Malaysia Biru dan Gelombang Biru yang digerakkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu diterjemahkan menerusi kesiapsiagaan jentera parti menghadapi pilihan raya, termasuk memperkukuh peranan media sosial dalam menyampaikan maklumat dan menangani penyebaran perkara tidak benar. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penggunaan media sosial bukan sekadar menyebarkan […]

» Read more

Belanjawan 2027 Perkukuh Pelancongan Sabah

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Sabah menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 yang memberi penekanan khusus kepada pembangunan negeri, pengukuhan sektor pelancongan, serta peningkatan kesalinghubungan antarabangsa. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, pembangunan sektor pelancongan dan pemuliharaan alam sekitar mesti sentiasa bergerak seiring. Menurut beliau, khazanah biodiversiti Sabah merupakan aset yang tidak ternilai dan perlu terus […]

» Read more

Azalina Anggap Belanjawan 2027 Perkukuh Reformasi Institusi, Bela Rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Belanjawan MADANI 2027 memperkukuh komitmen kerajaan dalam melaksanakan reformasi undang-undang dan institusi, selain memperluas inisiatif bagi membela kesejahteraan rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Undang-Undang Malaysia mencerminkan kesungguhan kerajaan melaksanakan pembaharuan perundangan secara menyeluruh, termasuk mengenal pasti undang-undang lapuk dan menangani […]

» Read more

Belanjawan 2027: RM22.11 Bilion Perkukuh Pertahanan Negara

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM22.11 bilion menerusi Belanjawan MADANI 2027, meningkat RM361.95 juta berbanding tahun sebelumnya bagi memperkukuh kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta menjaga kebajikan anggota dan veteran. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara terus terpelihara. Daripada jumlah tersebut, RM14.523 bilion […]

» Read more

Belanjawan 2027: Kepentingan Rakyat Terus Diutamakan

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 yang memperuntukkan RM12.68 bilion kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi memperkukuh pembangunan desa serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, peruntukan itu merangkumi RM4.85 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM7.833 bilion untuk pembangunan, meningkat RM281.08 juta […]

» Read more

UMNO Tidak Boleh Berdiam Diri, Kuasai Naratif Politik – Mahadhir

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Sudah tiba masanya UMNO mengambil pendekatan lebih agresif dalam menguasai naratif politik dan menangani persepsi negatif yang sekian lama membelenggu parti itu, kata Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman. Beliau berkata, pengalaman Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjadi pengajaran besar kepada UMNO bahawa persepsi mampu mempengaruhi pemikiran rakyat, malah mengatasi fakta sekiranya parti gagal […]

» Read more

Penderhakaan Tony Pua Sudah Melampaui Batas – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpandangan bahawa penderhakaan Penasihat Dasar kepada Setiausaha Agung Dap, Tony Pua sudah melampaui batas. Ini kerana katanya, kenyataan Tony Pua yang secara terbuka mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong sangat berbahaya dan mampu mengganggu-gugat kestabilan negara. “Tony Pua baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan yang pada pandangan […]

» Read more
1 … 34 35 36 37 38 … 2,516