Operasi Pembenihan Awan Berjaya, Kerajaan Perkukuh Pendekatan Proaktif – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 April — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan semalam di negeri Perlis dan Kedah berjaya meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama. Operasi yang dikendalikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia itu bermula sekitar jam 3.00 petang di Kedah sebelum diteruskan di Empangan Timah Tasoh, Perlis pada […]

» Read more

UMNO Tolak Dakwaan Punca Perpecahan Melayu, Kenyataan Tun M Naratif Lama

KUALA LUMPUR, 8 April — Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menegaskan bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menyalahkan UMNO sebagai punca perpecahan orang Melayu hanyalah pengulangan naratif lama. Menurut beliau, realiti sejarah politik menunjukkan bahawa setiap episod besar perpecahan Melayu tidak dapat dipisahkan daripada peranan dan tindakan Tun Dr Mahathir sendiri, termasuk tindakan […]

» Read more

‘UMNO Sabah Fokus Dekati Anak Muda, Sampaikan Aspirasi Parti’

KUALA LUMPUR, 8 April – Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan memaklumkan komitmen dalam mendekati anak muda terutama dalam menyampaikan aspirasi parti. Beliau yang juga Pengarah Jabatan Penerangan UMNO Negeri Sabah berkata antara langkah yang dilakukan mereka adalah dengan membuka peluang anak muda dalam bidang yang diminati termasuk penyertaan dalam UMNO. “Kita tidak mahu cerita lagi soal politik tapi […]

» Read more

Mohd Zaidy Komited Pastikan Projek Beri Manfaat Kepada Rakyat, Naik Taraf Jalan Dilaksana

JEMPOL, 8 April – Usaha berterusan dalam memperjuangkan keperluan rakyat membuahkan hasil apabila peruntukan sebanyak RM1.1 juta diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja naik taraf Jalan Utama Palong, bermula dari Persimpangan Londah hingga ke Felda Palong 1. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, projek tersebut amat penting memandangkan laluan berkenaan merupakan antara jalan utama yang […]

» Read more

UMNO 80 Tahun: ‘Angkat Pemimpin Yang Jujur, Ikhlas Dalam Perjuangan’

KUALA LUMPUR, 8 April – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pemimpin memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi Beliau menyifatkan keikhlasan dalam perjuangan merupakan aspek penting bagi memastikan organisasi berada di landasan yang betul. “Mesti diuji keikhlasan, perjuangan itu diasaskan atas apa? Kepentingan diri, […]

» Read more

Malaysia Kutuk Penghinaan Israel Terhadap Masjid Al-Aqsa

PUTRAJAYA, 8 April – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan provokatif seorang menteri rejim Zionis Israel memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada 7 April. Kementerian Luar dalam kenyataan pada Rabu menegaskan tindakan biadap yang dilakukan semasa kawasan masjid itu ditutup kepada jemaah Islam adalah pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menghina tapak suci umat Islam itu. “Tindakan […]

» Read more

Ijtimak Perpaduan Atau Pentas Politik Menjual Naratif Bangsa, Ummah?

PENGANJURAN Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di Kuala Terengganu baru-baru ini menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Diangkat sebagai wadah penyatuan umat Islam merentasi sempadan, hakikat yang terserlah di pentas tersebut seolah-olah jauh menyimpang daripada semangat inklusif yang dilaungkan. Jika benar matlamatnya adalah perpaduan, mengapa yang kelihatan hanyalah kelompok tertentu sahaja? Kehadiran yang didominasi oleh individu dan penyokong yang cenderung kepada […]

» Read more

TPM Perhalusi Isu Rakyat, Hargai Laporan Cuaca Diterima

KUALA LUMPUR, 8 April — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan bahawa beliau akan terus mengadakan pertemuan bersama Menteri-menteri daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri bagi membincangkan serta memperhalusi isu-isu penting melibatkan rakyat. Menurut beliau yang juga Presiden UMNO, pertemuan tersebut menjadi platform penting untuk memastikan setiap perkara yang dibawa ke Mesyuarat […]

» Read more

Pendidikan Tunjang Perpaduan, Saiful Yazan Puji Inisiatif Sekolah Anjur Sambutan Raya

KUALA LUMPUR, 8 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman menegaskan bahawa pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara dan masyarakat, sekali gus menjadi asas penting dalam melahirkan generasi berilmu serta berdaya saing. Menurutnya, tanpa asas pendidikan yang kukuh, adalah sukar untuk membentuk masyarakat yang mampu menghadapi cabaran masa depan dengan lebih kompetitif dan berdaya […]

» Read more

Ahmad Zahid Kenang Jasa Tun Dr Ling Liong Sik, Sifatkan Sebagai Mentor Politik

KUALA LUMPUR, 8 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbesar hati memberikan penghormatan terakhir kepada tokoh negara, mendiang Tun Dr Ling Liong Sik yang meninggal dunia pada Sabtu lalu. Beliau yang juga Presiden UMNO menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada negara yang turut dirasai seluruh rakyat. “Selesai menyempurnakan tugasan rasmi di Putrajaya, saya […]

» Read more
1 … 280 281 282 283 284 … 2,518