Tindakan Pas Memangsakan Rakyat

MENGAPAKAH pilihan raya diadakan? Untuk mendapatkan wakil rakyat bagi sesuatu kawasan. Mengapa perlu wakil rakyat? Menjadi wakil kepada rakyat dan memberi perkhidmatan kepada mereka serta menyampaikan suara mereka secara rasmi kepada pihak kerajaan dalam sesuatu masalah. Adakah wakil rakyat penting? Penting! Sebab itulah dalam sistem kerajaan negara kita diadakan pilihan raya agar ada seorang wakil di kawasan yang digazetkan. 🔵Keadaan […]

» Read more

Mesyuarat Khas UMNO Perak Bincang Isu Semasa Dan Perancangan 2026

IPOH, 5 Jan – Kepimpinan UMNO Negeri Perak terus memperkemas hala tuju parti apabila Badan Perhubungan UMNO Perak mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perhubungan di Bangunan UMNO Perak, semalam. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Turut hadir ialah barisan Jawatankuasa Perhubungan UMNO negeri serta kepimpinan bahagian. Dalam mesyuarat tersebut, […]

» Read more

Penstrukturan PTPTN Tidak Jejas Pinjaman Perumahan – Dr Zambry

MANJUNG, 4 Jan – Penstrukturan semula bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan menjejaskan pinjaman perumahan serta lain-lain pinjaman, kata Menteri Perndidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata tindakan hanya dikenakan terhadap peminjam yang langsung tidak membuat sebarang bayaran dan gagal menghubungi atau berbincang dengan pihak PTPTN merngenai kedudukan kewangan mereka. “Saya sering kali […]

» Read more

PN: ‘Masih Ada Dalam Group WhatsApp’ Bukan Ukuran Kukuhnya Parti

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berpandangan bahawa rakyat akan menilai politik daripada keputusan, pendirian dan kepimpinan yang konsisten. Ini kerana katanya, beliau tertarik dengan kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) masih aktif di dalam aplikasi WhatsApp. “Saya tertarik dengan […]

» Read more

Johor Bincang Kerjasama Strategik Bersama Alibaba Group Dalam Bidang AI

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersyukur beliau dan delegasi negeri telah mengadakan perbincangan strategik bersama Alibaba Group Holding Limited di Hangzhou, China, bagi meneroka peluang kerjasama yang lebih erat dalam kecerdasan buatan (AI). Menurutnya, Alibaba Group merupakan antara syarikat teknologi global terkemuka dalam bidang e-dagang, pengkomputeran awan, logistik pintar dan AI yang menjadi […]

» Read more

Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan parti tidak akan mengabaikan suara akar umbi. Ini kerana katanya, Konvensyen Khas Pergerakan Pemuda UMNO yang diadakan untuk membincangkan hala tuju parti dalam Kerajaan Perpaduan telah berjaya mendapatkan suara sebenar akar umbi. “Alhamdulilah Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang membincangkan mengenai hala […]

» Read more

Pusat Komuniti Paya Besar Dijangka Siap Februari Depan

KUANTAN, 3 Jan – Pusat Komuniti Paya Besar yang dikenali sebagai Epistemic Investment for Society and Technology telah mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 94 peratus dan dijangka siap pada Februari depan. Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata pusat komuniti yang menelan belanja hampir RM5 juta itu dibangunkan berteraskan empat teras utama, iaitu teknologi, kemanusiaan, inovasi dan kemampanan. “Selepas […]

» Read more

Tugas Wakil Rakyat Bukan Sekadar Di Pejabat, Perlu Turun Padang Santuni Rakyat

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai Datuk Mohd Jafni Md Shukor berpandangan tugas wakil rakyat bukan hanya duduk di pejabat, tetapi turun padang, berjumpa rakyat, memahami denyut nadi mereka dan berusaha menyelesaikan masalah sebaik mungkin bersama rakyat, untuk rakyat. Kata Ketua UMNO Bahagian Kulai itu, duduk santai tanpa protokol, bersembang dari hati ke hati […]

» Read more

‘Bila Larut Malam 3.0’ Melaka Kembali Lagi Tahun Ini – Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Kerajaan Negeri Melaka memperkenalkan kembali produk pelancongannya ‘Bila Larut Malam’ bagi tahun ini bermula malam ini. Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pengunjung boleh menikmati pelancongan malam dengan harga serendah RM10 di sepuluh lokasi pelancongan terpilih. “Untuk lebih meriah dan lebih berbaloi, dapatkan kemasukan percuma di Menara Taming […]

» Read more

Kerjasama Strategik Mampu Jadi Pemangkin Transformasi Ekonomi Negeri

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri yakin kerjasama strategik bersama syarikat pelaburan berteknologi tinggi mampu menjadi pemangkin transformasi ekonomi Johor. Menurutnya, ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti, memperkukuh pemindahan teknologi, dan menjadikan Johor destinasi pilihan pelabur global dengan manfaat yang dapat dirasai secara langsung oleh rakyat. Onn Hafiz bersyukur […]

» Read more
1 279 280 281 282 283 2,487