PRN Sabah: Semua 58 Pusat Undi Awal Ditutup Sepenuhnya 5 Petang

KOTA KINABALU, 25 Nov – Semua 58 pusat pengundian awal untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-17, ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang ini. Penutupan pusat pengundian terbabit dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas ia dibuka tepat pada jam 8 pagi tadi. Seramai 24,426 pengundi layak menunaikan hak mereka, hari ini, terdiri daripada 11,697 anggota […]

» Read more

Manifesto BN Sentuh Semua Peringkat, Termasuk Anak Muda Pedalaman – Aslan Fadli

KALABAKAN, 25 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik, Aslan Fadli Samsul Alang, menegaskan bahawa manifesto BN merupakan yang paling komprehensif untuk rakyat Sabah, khususnya golongan muda dan komuniti luar bandar. Beliau berkata, manifesto itu bukan sekadar dokumen pilihan raya, tetapi satu komitmen jelas BN untuk mempercepatkan pembangunan yang tertangguh serta meningkatkan taraf hidup rakyat. […]

» Read more

‘Program Jaminan Kerjaya Berjaya Ubah Kehidupan Anak-Anak Pahang’ – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berasa bangga apabila melihat Program Jaminan Kerjaya benar-benar mampu mengubah kehidupan anak-anak Pahang. Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau telah berpeluang ke Majlis Hi-Tea Program Jaminan Kerjaya Visionary De’ Tea Logue, di Putrajaya pada Isnin. “Saya telah berpeluang […]

» Read more

Majoriti Kaum Murut Sokong BN, Rahmah Jan Tekad Bekerja Sehabis Baik

TENOM, 25 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Udangan Negeri (DUN) Kemabong Datuk Rahmah Jan Sulaiman berkata majoriti kaum Murut yang berada di kawasan itu menyokongnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 ini. Rahmah Jan dalam satu temubual eksklusif bersama UMNO Online berkata, mereka tidak melihat kepada isu perkauman tetapi lebih melihat kepada siapakah yang lebih membela […]

» Read more

Pemilik Kebun Terima Bantuan BKHT Akibat Serangan Hidupan Liar

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius terhadap isu pemilik kebun dan penternak yang mengalami kerugian akibat kerosakan tanaman atau ternakan berpunca daripada serangan hidupan liar. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas Menteri Sumber Asli […]

» Read more

LTAT Komited Pulangan Kompetitif Dan Mampan Kepada Pencarum

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sentiasa berusaha untuk memastikan pulangan yang kompetitif dan mampan kepada pencarum, selaras dengan mandat terasnya untuk melindungi dan memastikan kesejahteraan sosioekonomi para pencarum selepas persaraan. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata dalam hal ini, pelbagai usaha dan langkah strategik, termasuk penstrukturan […]

» Read more

Undi Bukan Cuba-cuba… Yakub Khan Seru Kekal Pilih BN Di Karambunai

SEPANGGAR, 25 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Karambunai, Datuk Yakub Khan menyeru rakyat agar memberikan peluang dan sokongan kepada BN demi mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi negeri. Menurut beliau, pengalaman sejak 2018 sudah cukup membuktikan bahawa percubaan menukar kerajaan hanya membawa kepada ketidakstabilan dan merencatkan pembangunan. “Dalam tempoh lima tahun kita tukar kerajaan tiga kali. Pelabur takut […]

» Read more

Komited Agenda Kelestarian: KPK Sedang Perkukuh Ekosistem SAF – Johari

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Sebagai negara yang komited terhadap agenda kelestarian, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang memperkukuh sistem Sustainable Aviation Fuel (SAF), kata Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Johari yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan beliau telah mengadakan lawatan ke kilang EcoCeres Renewable Fuels Sdn Bhd di Tanjung Langsat, Johor pada Isnin. “Saya telah mengadakan lawatan ke […]

» Read more

Suhaimi Tinjau Proses Pengundian Awal, Suasana Harmoni Di Dun Sibuga

SANDAKAN, 25 Nov – Proses undi awal bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Seri Kinabatangan hari ini berlangsung dalam keadaan tenang dan teratur sejak pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi. Pemilih yang terdiri daripada anggota tentera melaksanakan tanggungjawab masing-masing di di Sekolah Kebangsaan Kem Tentera Daerah Mengundi Taman Airport. Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Sungai Sibuga, […]

» Read more

Agenda Pembangunan Anak Muda Antara Keutamaan BN, Termasuk TVET – Arthur

PENSIANGAN, 25 Nov – Presiden PBRS yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata agenda pembangunan anak muda antara keutamaan parti. Ujar Ahli Parlimen Pensiangan itu, semua pihak perlu membina masa depan negara dan disebabkan itu, ia memerlukan satu pelaburan yang besar terhadap kepentingan golongan muda. “Dalam manifesto, saya memberi […]

» Read more
1 242 243 244 245 246 2,419