Politik Khidmat Bakti Syed Hussien Berterusan Untuk Rakyat Mahkota

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah meneruskan khidmat bakti beliau dengan rakyat di kawasan dengan menyantuni mereka. Memulakan hari dengan bertemu dengan penduduk sekitar ketika bersarapan, beliau seterusnya bersama Superbikers Association Malaysia (SAM) bagi Program Jelajah Silaturrahim. “Saya berpeluang bersarapan bersama masyarakat di ‘warong roti canai kari ceker’ yang terletak di […]

» Read more

Malaysia Tegas Dan Komited Perjuangan Palestin, AAKRP Fokus Kemanusiaan – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Malaysia terus bersuara lantang memperjuangkan pembebasan hak mutlak rakyat Palestin ke atas tanah mereka yang dirampas mesti dikembalikan sepenuhnya, demikian tegasnya Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin. Katanya, dari segi bantuan kemanusiaan sejak Oktober 2023 sehingga kini, Malaysia bersama-sama badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah menyalurkan lebih 5,000 tan bantuan ke Gaza melalui sempadan Rafah, […]

» Read more

Mohamad Hasan Santuni Pelajar Negeri Sembilan Di Kaherah

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memanfaatkan keberadaan di Kaherah sempena Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab dengan menyantuni para pelajar Negeri Sembilan. Diadakan di Rumah Negeri Sembilan, peluang tersebut dimanfaat oleh para pelajar bagi beramah mesra dengan Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO. Pertemuan tersebut menyaksikan pelbagai perkara disentuh termasuk pesanan Mohamad yang berharap para pelajar […]

» Read more

Kes Najib: Hormati Perundangan, Yakin Keadilan Ditegakkan – Shah Zanuriman

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Keputusan Mahkamah Tinggi hujung bulan lalu yang mengarahkan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, untuk membela diri dalam kes berkaitan 1MDB telah menarik perhatian ramai dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan, berkata keputusan ini perlu dihormati namun percaya […]

» Read more

PRN Sabah: Bung Moktar Nafi Sabah Dijadikan ‘Tikus Makmal’

PAPAR, 12 Nov – Barisan Nasional (BN) Sabah menafikan negeri itu dijadikan tikus ujian makmal bagi menguji kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi pilihan raya. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata dakwaan mengenai perkara itu timbul disebabkan ketidakfahaman mengenai maksud sebenar istilah ‘makmal’ dalam konteks kerjasama BN-PH di Sabah. Katanya, kerjasama BN-PH juga bukan baharu, […]

» Read more

Majlis Ulama UMNO Tegas Tolak Ekstrem Dan Fanatik, Kecam Penggunaan Agama Untuk Kepentingan Politik

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad, menegaskan bahawa kerajaan perlu tegas membanteras sebarang unsur pelampau dan sikap buruk sangka yang boleh menggugat keharmonian negara. Menurut beliau, dalam hal ini UMNO dengan tegas menolak sebarang bentuk ekstremisme agama sebagaimana yang didukung pimpinan Pas. “Gerakan pelampau, ekstrem dan sikap buruk sangka ini perlu ditangani dengan serius […]

» Read more

Gelombang Biru Di DUN Liawan Dan Pantai Manis Isyarat BN Sabah Sedia Hadapi PRN Ke-17

PAPAR, 11 Nov – Himpunan ‘Gelombang Biru’ dengan kehadiran yang amat memberangsangkan pada setiap program Gerak17 UMNO Sabah, memberikan isyarat jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sedia menggalas tanggungjawab menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang seterusnya menerajui kepimpinan kerajaan negeri. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kehadiran penyokong BN hampir 3,000 orang dalam program Gerak 17 […]

» Read more

KPT, MQA Tawar Program Terkini, Berkualiti Tepati Keperluan Semasa – Zambry

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan kerajaan komited dalam menawarkan program berkaitan pengurusan halal kepada pelajar-pelajar warganegara dan juga pelajar antarabangsa. Menurut beliau sehingga kini terdapat 37 program Halal mendapat Akreditasi Penuh merangkumi peringkat diploma hingga ijazah kedoktoran, 13 program mendapat Akreditasi Sementara yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan […]

» Read more

Banjir Pahang: MB Nasihatkan Orang Ramai Elakkan Aktiviti Berhampiran Sungai, Laut

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan sebarang aktiviti berhampiran kawasan sungai dan laut pada musim banjir ini. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berharap agar mangsa yang kini terlibat dalam bencana banjir dapat bersabar dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. “Saya berharap semua […]

» Read more

Jalaluddin Mohon Segerakan Naik Taraf Hospital Baharu Jelebu, Atasi Kesesakan Pesakit

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias meluahkan harapan beliau dengan pembinaan hospital baharu Jelebu bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat di kawasan ini. Menurut beliau ini kerana hospital tersebut kini tidak dapat memberikan perkhidmatan utama iaitu pembedahan ekoran dewan bedah asal hospital ini terletak dalam bangunan yang berusia 128 tahun. “Ia disebabkan infrastrukturnya […]

» Read more
1 233 234 235 236 237 2,033