BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil

KOTA KINABALU, 29 Nov — Barisan Nasional (BN) merakamkan penghargaan kepada semua pengundi di Sabah yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calon parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pilihan raya yang menyaksikan 596 calon bertanding itu membuktikan kesuburan demokrasi di negeri berkenaan. “Keputusan ini membuktikan bahawa Barisan Nasional […]

» Read more

PRN Sabah: Keputusan Tidak Rasmi, Tiada Parti Boleh Bentuk Kerajaan

KOTA KINABALU, 29 Nov – Proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sedang berlangsung dan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.30 malam menunjukkan BN menang di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Hal ini disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman Facebooknya. Setakat ini keputusan tidak rasmi, BN menang di: 1. Lamag 2. […]

» Read more

PRN Sabah: Semua 882 Pusat Mengundi Ditutup 5.30 Petang

KOTA KINABALU, 29 Nov – Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang ini. Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas dibuka tepat 7.30 pagi tadi. Lebih 1.74 juta pengundi biasa layak menunaikan hak mereka hari ini bagi memilih wakil rakyat […]

» Read more

Ahmad Zahid Ingatkan Rakyat Berwaspada Dengan Paras Air Sungai

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap paras air sungai di kawasan masing-masing berikutan cuaca tidak menentu dan hujan berterusan di beberapa negeri. Menurut beliau, laporan terkini daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan beberapa sungai di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu […]

» Read more

Bung Moktar Selesai Mengundi Di Kinabatangan

KOTA KINABALU, 29 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, pada 11.20 pagi. Bung Moktar, yang juga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam, Kinabatangan. Beliau yang merupakan penyandang kerusi itu berdepan saingan enam penjuru pada […]

» Read more

Anil Sandhu Hargai Kesungguhan Pengundi Keluar Awal

LAHAD DATU, 29 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak, Datuk Seri Anil Sandhu telah menunaikan tanggungjawab di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak di sini, hari ini.    Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datu tiba pada jam 8.00 pagi dan selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada jam 8.15 pagi. Anil […]

» Read more

Proses Undian Lancar, Jeffery Seru Pengundi Keluar Awal

PUTATAN, 29 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat Jeffery Nor Mohamed bersyukur proses pengundian setakat ini berjalan lancar. Jeffery menyeru pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab mengundi memandangkan cuaca hari ini kelihatan mendung dan khuatir hujan di waktu petang. “Perjalanan proses pengundian baik. Saya agak sedikit risau kerana hujan tadi, hujan lebat […]

» Read more

Proses Pengundian Lancar, Suhaimi Antara Awal Tunaikan Undi

SANDAKAN, 29 Nov – Hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bermula awal pagi tadi bakal menentukan siapakah yang bakal menerajui negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang. Sejak dibuka pada 7.30 pagi, pusat-pusat pengundian mula dikunjungi pengundi yang ingin menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi membuat pilihan wakil rakyat yang akan mewakili mereka nanti. Tidak terkecuali, calon Barisan Nasional […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Selamat Mengundi, Tunaikan Hak Demi Masa Depan Sabah

KOTA KINABALU, 29 Nov – Hari ini adalah hari penting buat seluruh rakyat Sabah yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat mengundi kepada semua warga Sabah yang keluar melaksanakan amanah ini. “Segalanya kini terletak di tangan anda. Gunakanlah hak dan kuasa yang diberikan untuk memilih […]

» Read more

PRN Sabah Ke-17 Masuk Hari Penentu, 882 Pusat Mengundi Dibuka Tepat 7.30 Pagi

KOTA KINABALU, 29 Nov – Setelah 14 hari berkempen, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akhirnya tiba ke detik penentuan. Semua 882 pusat mengundi dan 3,559 saluran bagi pilihan raya itu dibuka serentak pada 7.30 pagi ini bagi memberi peluang kepada 1.74 juta pengundi melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka. Pusat-pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat bermula 12 tengah hari […]

» Read more
1 231 232 233 234 235 2,447