Pemuda UMNO Masjid Tanah Tegas Pertahan Kerusi BN, Tolak Cubaan Gugat Kepimpinan Parti

MASJID TANAH, 19 Mei — Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah menegaskan komitmen penuh untuk terus mempertahankan semua kerusi UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bahagian itu menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, pihaknya bersama seluruh kepimpinan Pemuda bahagian kekal berdiri teguh mempertahankan parti serta kepimpinan utama UMNO di peringkat negeri dan pusat.

Menurut beliau, Pemuda UMNO Masjid Tanah turut menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan oleh mana-mana individu yang dilihat cuba menggugat keharmonian dan kestabilan pucuk pimpinan parti.

“Kesemua kerusi UMNO dalam Bahagian Masjid Tanah akan terus kekal milik UMNO dan Barisan Nasional. Kami akan terus berdiri teguh bersama mempertahankan UMNO dan BN di Masjid Tanah serta Negeri Melaka,” katanya hari ini.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa gerak kerja parti yang berteraskan kesetiaan akar umbi serta rekod perkhidmatan cemerlang menjadi faktor utama yang akan memastikan UMNO dan BN terus mendapat kepercayaan rakyat.

Ujarnya, kekuatan jentera parti di peringkat akar umbi akan terus diperkasakan bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

“Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah yakin bahawa kesetiaan ahli dan rekod perkhidmatan yang baik menjadi asas penting untuk memastikan UMNO dan BN terus menjadi pilihan rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO