Siti Aminah Mohon KKR Selesaikan Masalah Kelewatan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Sabah

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching memohon agar Kementerian Kerja Raya (KKR) menyelesaikan masalah kelewatan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo melibatkan kawasan Membakut dan Beaufort ke Sipitang. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, isu jalan raya di Sabah amat kritikal dan perlu diberikan perhatian oleh KKR agar tidak berlaku […]

» Read more

Belanjawan Negeri Sembilan 2025 Strategi Penting Setelah Dua Tahun Kerajaan Perpaduan – Mohd Zaidy

JEMPOL, 21 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, menganggap Belanjawan Negeri Sembilan 2025 yang akan dibentangkan esok sebagai langkah strategik yang sangat penting, terutamanya setelah dua tahun Kerajaan Perpaduan berusaha memulihkan negara pasca-pandemik dan menstabilkan ekonomi. Beliau percaya bahawa belanjawan ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri berjalan […]

» Read more

Johor Bentang Belanjawan 2025 Dengan Lebihan RM5.12 Juta

ISKANDAR PUTERI, 21 Nov – Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2025 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM5.12 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini. Belanjawan bertemakan “Maju Johor, Rakyat Sejahtera itu merupakan belanjawan lebihan yang ketiga berturut-turut dibentangkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata kerajaan negeri menyasarkan unjuran hasil sebanyak RM2.005 bilion pada […]

» Read more

‘PN Gred F, Kalah Di PRK Nenggiri dan Mahkota’ – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi gambaran Perikatan Nasional (PN) berada pada gred terendah. Kata beliau ini kerana gabungan itu gagal dua kali berturut-turut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan Mahkota. “Kalau guna suara rakyat PN tidak dapat gred langsung. Mereka kalah teruk di […]

» Read more

Dewan Rakyat: Jempol Minta Penjelasan Status Pembinaan Lebuh Raya Madani Seremban-Jempol

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli meminta penjelasan daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenai status pembinaan projek Lebuh Raya Madani Seremban-Jempol yang telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana katanya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.1 bilion kepada KKR untuk menaiktaraf jalan-jalan bagi mencapai objektif ‘accessibility and mobility’ secara menyeluruh. “Kerajaan […]

» Read more

UMNO Bahagian Beaufort Terus Komited, Laksana Gerak Kerja ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’

BEAUFORT, 21 Nov – UMNO Bahagian Beaufort menegaskan komitmen penuh untuk terus berkhidmat kepada rakyat melalui prinsip utama parti iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’. Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat berkata walaupun berdepan pelbagai cabaran politik dan sosial namun perjuangan parti ini untuk membela nasib rakyat tidak akan terhenti dan fokus turun padang memastikan bantuan serta terus dilaksana. “UMNO Sabah melalui gerakan […]

» Read more

KPWKM Adakan Sesi Libat Urus, Siap Siaga Hadapi MTL 2024 – Noraini

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan sesi libat urus sebagai persediaan untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2024. Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, KPWKM sentiasa melibatkan kementerian dan agensi-agensi lain dalam pelaksanaan fungsinya yang dilihat banyak mengendalikan isu merentas bidang kuasa. “KPWKM dalam pelaksanaan fungsi dan tanggungjawabnya sentiasa melibatkan […]

» Read more

Dr Asyraf Luah Syukur Keprihatinan Kerajaan Melaka, Baiki Pencawang Telekomunikasi Di KPM Ayer Molek

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan kesyukuran atas keprihatinan kerajaan negeri Melaka yang komited dalam memastikan capaian internet lebih lancar bagi kemudahan para pelajar dan tenaga pengajar Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek. Beliau yang juga Pengerusi MARA berkata ini kerana beliau dimaklumkan oleh Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Melaka, Datuk […]

» Read more

Dua Tahun Kerajaan Perpaduan: Kepakaran Barisan Menteri BN Beri Nilai Tambah

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Kepakaran barisan menteri dari Barisan Nasional (BN) dilihat memberi nilai tambah kepada kelancaran pentadbiran Kerajaan Perpaduan semenjak ia ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Nuraini Yusoff berkata, sepanjang Kerajaan Perpaduan mentadbir negara hampir dua tahun ini pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menjamin Malaysia yang lebih sejahtera. “Alhamdulillah telah […]

» Read more

Mohd Azmawi Fikri Angkat Sumpah Sebagai Adun Nenggiri

KOTA BHARU, 21 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Persidangan Kali Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15, di Kompleks Kota Darulnaim. Mohd Azmawi Fikri, 38, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan berikrar untuk menjalankan kewajipan sebagai ADUN […]

» Read more
1 225 226 227 228 229 2,035