Lautan Biru Penuhi Pelancaran Jentera BN Johor

ISKANDAR PUTERI, 7 Jun – Lautan biru memenuhi Stadium Tertutup Kompleks Educity Iskandar Puteri apabila jentera Barisan Nasional (BN) berkumpul bagi Majlis Pelancaran Jentera BN Johor sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). Program yang bermula pada petang tadi berlangsung dalam suasana penuh meriah dengan kehadiran 25,000 penyokong, sekali gus membuktikan kekuatan serta kesediaan parti untuk mempertahankan negeri itu sebagai […]

» Read more

Kerajaan Negeri Johor Bukan Sekadar Umum Bantuan, Tetapi Benar-benar Sampai Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi sentiasa berusaha bantuan yang diberikan bukan sekadar diumumkan, tetapi mestilah sampai kepada rakyat. Menurut Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dalam satu perkongsian di Facebook, pelbagai inisiatif bantuan dan program kesejahteraan terus diperkasakan dari masa ke semasa. “Kerajaan Negeri Johor di […]

» Read more

Malaysia–China Perkukuh TVET Melalui MCIEA, Peruntukan RM30 Juta Untuk Biasiswa, Latihan

BANGI, 7 Jun – Malaysia dan China memperkukuh kerjasama Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui Malaysia-China Industry-Education Alliance (MCIEA), yang akan menyalurkan hampir RM30 juta bagi biasiswa, program latihan dan inisiatif sokongan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, berkata sebanyak 1,000 penempatan biasiswa bernilai kira-kira RM18 juta akan […]

» Read more

Wanita Tunjang Kekuatan, Kesepaduan BN Penting Hadapi PRN – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengiktiraf peranan Wanita UMNO sebagai tunjang kekuatan parti. “Wanita merupakan antara tunjang utama kekuatan parti yang sentiasa memainkan peranan penting dalam mendekati rakyat, menggerakkan organisasi dan memperkukuhkan perjuangan di setiap peringkat,” kata Mohamed Khaled yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang dalam satu hantaran […]

» Read more

Wanita UMNO Bukit Bintang Penggerak Utama Agenda Baharu Parti

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Wanita UMNO dilihat terus memainkan peranan penting sebagai tulang belakang kekuatan parti dalam usaha memperkukuh agenda baharu UMNO, khususnya di Bahagian Bukit Bintang. Peranan golongan wanita itu bukan sekadar sebagai sayap parti, sebaliknya menjadi jentera utama yang menggerakkan akar umbi serta memastikan kelangsungan perjuangan UMNO sejak dahulu hingga kini, terutama ketika berdepan pelbagai cabaran politik. […]

» Read more

PRN: UMNO Negeri Sembilan Cadang BN Tanding Semua 36 DUN

SEREMBAN, 6 Jun – UMNO Negeri Sembilan mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) turut bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata bagi kerusi yang tidak ditandingi pada PRN 2023, BN perlu mengetengahkan calon muka baharu yang berpengalaman yang dipilih selepas melalui […]

» Read more

TVET MARA Capai Kebolehpasaran Hampir 100 peratus

PUTRAJAYA, 6 Jun – Sebanyak 270 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) mencatat kadar kebolehpasaran graduan kira-kira 99.5 peratus, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata pencapaian membanggakan itu membuktikan bahawa institusi TVET MARA berada di garisan paling hadapan dalam menjayakan […]

» Read more

Kursus Asas Mobilisasi Pahang 1st Perkukuh Kesiapsiagaan, Keupayaan Jentera – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kursus Asas Mobilisasi Pahang 1st penting dalam usaha memperkukuhkan kesiapsiagaan jentera parti. Berkongsi di laman Facebooknya, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO telah merasmikan kursus tersebut bagi Bahagian Raub dan Bera pada Jumaat petang, di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda […]

» Read more

Kuasai Medan Digital, Pantas Perbetul Persepsi Tidak Tepat

KUALA LUMPUR, 6 Jun – UMNO mesti lebih kuat dan menguasai medan digital serta bertindak secara pantas untuk memperbetulkan persepsi tidak tepat. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, dunia digital menjadi cabaran terbesar kepada parti untuk menangkis berita tidak benar mahupun persepsi yang dicipta oleh pihak lawan. “Cabaran UMNO kini menjadi lebih besar dalam dunia digital. […]

» Read more

PRN Melaka Selepas Selesai PRN Johor, Negeri Sembilan – Ab Rauf

ALOR GAJAH, 6 Jun – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi bayangan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan hanya diadakan selepas selesai PRN Johor dan Negeri Sembilan. Beliau berkata situasi di Johor dan Negeri Sembilan berbeza dengan di Melaka, yang tidak memerlukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dalam masa terdekat. Tarikh tempoh tamat DUN Melaka ialah pada 30 […]

» Read more
1 … 212 213 214 215 216 … 2,517