Tak Tidur Malam Pun Ekonomi Negara Makin Merosot… Kalau Tidur, Apa Akan Jadi Agaknya?

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan kebimbangan terhadap situasi ekonomi negara yang jelas kelihatan semakin hari semakin merosot semenjak Pakatan Harapan (PH) mengambil-alih tampuk pemerintahan negara. Ini semakin jelas kelihatan sejak pengumuman Bajet 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada awal bulan lalu yang bukan sahaja menunjukkan ramai rakyat tidak […]

» Read more

Belanjawan 2019 : Kalau Nak ‘Copy Paste’, ‘Copy Paste’ Betul-Betul – Noh

  KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar secara sinis menegur kerajaan yang dilihat ‘copy paste’ separuh-separuh dan bukan sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Mengambil contoh dalam sektor pertanian, beliau mempersoalkan jumlah peruntukan yang telah dipotong dan bukannya dibuat secara menyeluruh khususnya soal pemutihan jika perkara berkenaan dikaitkan […]

» Read more

Blok Pembangkang Tolak Bajet 2019 Yang Diibaratkan ‘Bajet Air Mata Rakyat’

KUALA LUMUR, 13 Nov – Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sesi pembahasan Bajet 2019 berkata, blok pembangkang menolak Bajet 2019 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 2 November lalu kerana bajet tersebut adalah ‘bajet air mata rakyat’. Jelas beliau, bajet tersebut diibaratkan sedemikian kerana ia tidak menyentuh setiap golongan rakyat. “Ini boleh […]

» Read more

Ahli Parlimen Dap Diselar Menipu Tuduh Kerajaan Terdahulu Tidak Pernah Bantu Sekolah Tahfiz

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Dewan Rakyat sesi petang kembali kecoh apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berang dengan sikap Ahli Parlimen Rasah melemparkan dakwaan kononnya BN dahulu tidak pernah memberi bantuan kepada sekolah tahfiz. Blok Pembangkang meminta agar Ahli Parlimen Rasah kembali menarik dakwaan tersebut kerana ia adalah satu penipuan secara terang-terangan. Ahli Parlimen BN mengemukakan pelbagai bukti setelah […]

» Read more

Ungkapan ‘Belanjawan Dap’ Buat Ahli Parlimen Dap Seperti ‘Cacing Kepanasan’

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ungkapan ‘Belanjawan Dap’ yang diutarakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika membahaskan Belanjawan 2019 ternyata membuat ahli parlimen Dap seperti ‘cacing kepanasan’. Seperti telinga berdesing Ahli Parlimen Dap mula membuat bising tidak berpuas hati dengan ungkapan tersebut dan meminta agar ungkapan tersebut ditarik balik. Dalam membahas Bajet 2019, Zahid mengatakan bajet […]

» Read more

Isu RMT : Menteri Pendidikan ‘Cool’ ‘Tembak’ Boss Sendiri?

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Tindakan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang cuba menjadi ‘cybertrooper’ yang ‘cool’ dengan mendedahkan dokumen audit tahun 2015 mengenai Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dilihat memakan diri sendiri, apabila ia memperlihatkan kepincangan ‘boss’nya sendiri. Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Shahril Sufian Hamdan, jika merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara dan respon Perbendaharaan, audit tersebut dilaksanakan […]

» Read more

Ayuh Bersama Dalam Himpunan Perpaduan Ummah Di Pasir Salak, Sabtu Ini

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dan orang Melayu keseluruhan dijemput untuk bersama-sama dalam Program Himpunan Perpaduan Ummah yang bakal berlangsung Sabtu ini. Himpunan julung kali yang diadakan ini akan membabitkan kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan akan berucap sepentas dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi […]

» Read more

Menteri Pendidikan Disaran Kurangkan Kajian Tak Penting… Kasut… Stokin…

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegur Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang dilihat lebih banyak membuat kajian kurang penting berbanding dengan usaha untuk membantu rakyat. “Daripada mengkaji perkara tidak perlu, eloklah beliau membuat syor kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk menyambung semula program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). “Kurangkan kajian tak penting, kasut, stokin dan […]

» Read more

‘ICERD… Kita Menolaknya?’ Bersama Pengamal Undang-undang ‘Live’ Malam Ini

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Pada malam ini, Diskusi U3.0 akan bersiaran dengan topik perbincangan ‘ICERD.. Kita Menolaknya?’. Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan pengamal undang-undang sebagai panelis seperti Lukman Sheriff dan Mohd Fasha Musthafa manakala Adnan Seman pula bertindak sebagai moderator. UMNO Online akan menyiarkan diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. […]

» Read more

Belanjawan 2019 Belanjawan Air Mata, Skim ‘Property Crowdfunding’ Umpama Skim ‘Pak Man Telo’

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Adakah Belanjawan 2019 adalah bajet air mata rakyat? Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mencelah dalam perbahasan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini. “Apabila disebut bahawa bajet yang sudah banyak ‘copy paste, re-branding’, banyak terlupa, apakah bajet ini apa yang disebutkan di bawah […]

» Read more
1 1,987 1,988 1,989 1,990 1,991 2,085