‘ICERD… Kita Menolaknya?’ Bersama Pengamal Undang-undang ‘Live’ Malam Ini
KUALA LUMPUR, 12 Nov – Pada malam ini, Diskusi U3.0 akan bersiaran dengan topik perbincangan ‘ICERD.. Kita Menolaknya?’.
Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan pengamal undang-undang sebagai panelis seperti Lukman Sheriff dan Mohd Fasha Musthafa manakala Adnan Seman pula bertindak sebagai moderator.
UMNO Online akan menyiarkan diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya serta bersama-sama mengikuti kupasan dari tetamu jemputan. – Media UMNO.