Belanjawan 2019 : Kalau Nak ‘Copy Paste’, ‘Copy Paste’ Betul-Betul – Noh

 

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar secara sinis menegur kerajaan yang dilihat ‘copy paste’ separuh-separuh dan bukan sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Mengambil contoh dalam sektor pertanian, beliau mempersoalkan jumlah peruntukan yang telah dipotong dan bukannya dibuat secara menyeluruh khususnya soal pemutihan jika perkara berkenaan dikaitkan dengan soal ketirisan dan sebagainya lagi.

“Kalau nak ‘copy paste’, ‘copy paste’ betul-betullah. Janganlah separuh separuh. Contoh dalam pertanian…bantuan subsidi baja padi potong 50 peratus…ikut kita tetapi potong 50 peratus. Insentif pengeluaran padi potong 50 peratus. Elaun sara hidup nelayan potong 38 peratus. Elaun sara hidup nelayan darat potong 28 peratus. Bantuan musim tengkujuh langsung tidak ada. Bantuan padi  sementara orang tua-tua dulu kata berjagung-jagung dahulu sebelum padi masak kita kenalkan sebelum padi dituai tiga bulan kita bagi elaun…tidak ada.

“Jadi saya nak tanya mengapa dikurangkan…ohh tadi dia kata…Menteri Kewangan dan Port Dickson pun kata ini untuk mengelakkan ketirisan…Betul dan saya pun setuju kalau betul ada ketirisan buat kajian dahulu. Ini saya nak tanya bila ada pengurangan 50 peratus untuk nelayan..bermakna hari ini kalau nelayan 70 ribu dapat elaun hanya tinggal 50 peratus dapat. Bermakna hanya 35 ribu sahaja yang dapat. Memang betul ada. Bagaimanakah pegawai mahu menilai 35 ribu ini

“Adakah pemutihan telah dibuat lebih awal. Sepatutnya buat pemutihan dahulu… belum pemutihan selesai tetapi telah dipotong bajet dengan alasan mengelakkan penyelewengan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Belanjawan 2019, di Dewan Rakyat Isnin.

Noh seterusnya menimbulkan persoalan jika selepas kajian dibuat dan mendapati daripada jumlah 70 ribu, terdapat  60 ribu nelayan yang layak mendapat elaun dan 10 ribu mungkin tidak layak, apakah nasib mereka  yang patut layak dapat.

“Begitu juga dengan benih padi. Hari ini kita dah tahu bahawa satu ekar atau satu hektar tidak silap saya ada tujuh atau lapan bantuan baja. Apabila dipotong separuh saya nak tanya adakah bilangan kampit baja ini akan dipotong sebab bajet tinggal separuh.

“Kalau hari ini katakanlah seorang pesawah dapat 10 kampit oleh kerana bajet ini dipotong adakah pesawah hanya akan dapat  lima peratus  atau adakah bilangan pesawah katakanlah ada 100 ribu dan dipotong bajet 50 peratus hanya 50 ribu sahaja yang layak dapat bantuan berdasarkan peruntukan yang ada ini. Kalau nak ikut..ikut betul-betulah,” tambahnya.

Pada sesi perbahasan itu juga, beliau sempat mengusik dan memuji Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin yang meneruskan dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini seperti Skim My Home dan My Deposit.

“Menteri KPKT hebat mudah-mudahan menang (pemilihan PKR). Beliau seorang pemimpin yang terbuka dan tidak salah memilih beliau sebagai Naib Presiden. Beliau meneruskan apa dasar kita. Saya bukan nak puji tetapi kenyataan.

“Skim My Home saya dapat maklum akan diteruskan. Satu lagi My Deposit. Ini yang saya kata benda baik kena ikut…Kita beri kepada pembeli sehingga 10 peratus …kalau rumah harga RM300 ribu kita bagi ‘free first buyer’ RM30 ribu. Bukannya nak suruh rakyat bayar… beri percuma. Terima kasih skim ini diteruskan.  Saya juga harapkan rumah transit belia diteruskan juga,“ ujarnya. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.