Ungkapan ‘Belanjawan Dap’ Buat Ahli Parlimen Dap Seperti ‘Cacing Kepanasan’

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ungkapan ‘Belanjawan Dap’ yang diutarakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika membahaskan Belanjawan 2019 ternyata membuat ahli parlimen Dap seperti ‘cacing kepanasan’.

Seperti telinga berdesing Ahli Parlimen Dap mula membuat bising tidak berpuas hati dengan ungkapan tersebut dan meminta agar ungkapan tersebut ditarik balik.

Dalam membahas Bajet 2019, Zahid mengatakan bajet tersebut adalah bajet air mata rakyat dan kerana itulah di luar dewan beliau sering mengatakan bahawa ini adalah bajet Dap dan bukannya bajet rakyat kerana agenda Dap diterjemahkan dalam bajet ini.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof meminta Zahid untuk menarik kembali ungkapan tersebut selepas sesi perbahasan berhenti rehat nanti. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.