Tergamak Pemimpin PH Samakan Pemungkiran Janji Manifestonya Dengan Nabi SAW – Asyraf Wajdi

LUMPUR, 17 Dis – Tergamak sungguh Pimpinan Parti Amanah Nasional (PAN) YB Khalid Samad menisbahkan dan menyamakan pemungkiran janji manifesto Pakatan Harapan (PH) mereka dengan junjungan Nabi SAW. Demikian bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berikutan Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa Nabi pun pernah tidak dapat menunaikan janji, apatah lagi manusia biasa sebagai […]

» Read more

Ambil Iktibar Dari Sejarah, Kehancuran Kerana Perpecahan Dalaman – Zahid

FRASER’S HILL, 16 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO akan runtuh sekiranya perpecahan terus-terusan berlaku dari dalam. Jelas beliau, pemimpin dan ahli UMNO juga perlu belajar untuk redha dan bukan hanya memikirkan untuk menyelamatkan diri sendiri. “Dalam keadaan sekarang kita harus redha. Allah nak ajar kita tapi kita tidak pernah belajar. Dalam keadaan kalah.. […]

» Read more

Ada Gerakan Untuk Beli MP Dan Adun Pahang – Zahid

FRASER’S HILL, 16 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, telah ada gerakan untuk membeli Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pahang untuk berpaling tadah seterusnya menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu. Jelas beliau, telah ada gunting dalam lipatan yang mengugut dan memujuk Ahli Parlimen dan ADUN agar kerajaan BN Pahang tumbang. “Saya ingatkan […]

» Read more

Kalau Nak Keluar, Keluarlah… Tak Perlu Buat Desakan – Shahrir

JOHOR BAHRU, 16 Dis – Pemimpin UMNO Tan Sri Shahrir Samad hari ini membidas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan parti itu yang berterusan mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO sedangkan mereka sendiri bukan lagi anggota parti. Ketua UMNO Johor Bahru itu berkata sebagai bekas anggota UMNO, mereka tidak layak membuat desakan itu kerana Ahmad […]

» Read more

UMNO Perak Sokong Zahid Sebagai Presiden

IPOH 16 Dis. – Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak pada hari ini sebulat suara menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden parti kerana beliau telah dipilih oleh para perwakilan sewaktu Persidangan Agung UMNO yang lalu. Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, adalah tidak adil sekiranya terdapat segelintir pemimpin mahupun ahli UMNO menuding jari serta […]

» Read more

Lompat Parti: Islam Melayu Bumiputera Terancam Jika PH Majoriti 2/3

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan kebimbangan jika terus berlaku Ahli Parlimen yang menyeberangi dan menyokong Kerajaan Pakatan Harapan (PH) maka mereka bakal mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen dan memiliki kuasa untuk membuat pindaan apa jua perkara dan fasal dalam perlembagaan negara. Tegasnya, harus diingat kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan […]

» Read more

Zahid Tegaskan Tidak Tunduk Desakan Dan UMNO Tidak Akan Bekerjasama Dengan Dap

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO menolak kerjasama dengan Dap dan tidak akan berkompromi dengan agenda yang meminggirkan Islam dan Melayu dilakukan secara halus atau terang-terangan. Justeru jelas beliau, ahli-ahli UMNO di semua peringkat hendaklah merapatkan saf dan mengenepikan sebarang perbezaan pendapat dan pendirian demi penyatuan UMNO untuk melunaskan tanggungjawab kepada […]

» Read more

UMNO P.Pinang Desak Shabudin Lepas Semua Jawatan

BUTTERWORTH, 15 Dis – UMNO Pulau Pinang hari ini mahu Datuk Shabudin Yahaya melepaskan jawatan sebagai Anggota Parlimen Tasek Gelugor susulan tindakannya keluar parti itu semalam. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata tindakan Shabudin  keluar parti amat mengecewakan seluruh anggota UMNO Pulau Pinang terutama di Tasek Gelugor dan menyifatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan kepada pengundi. “Beliau […]

» Read more

Desakan Agar Pemimpin Bercuti Hanya Akan Menjayakan Agenda Untuk Hancurkan UMNO

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, mendesak supaya pemimpin bercuti atau berundur ketika ini tidak akan menyelesaikan masalah malah desakan itu sebenarnya menjayakan matlamat parti lawan untuk melihat UMNO terus berpecah-belah. Jelas beliau, dalam keadaan UMNO sedang menghadapi pelbagai cabaran begini, seharusnya semua pemimpin dan ahli UMNO di pelbagai peringkat mesti […]

» Read more

Cari Formula Terbaik Untuk Atasi Kemelut Semasa Parti – Najib

PEKAN, 15 Dis – UMNO perlu mencari formula terbaik untuk keluar daripada kemelut semasa parti, termasuk dalam isu berkaitan desakan supaya Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan. Bekas presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau percaya penyelesaian itu juga sedang difikirkan oleh Ahmad Zahid dan dalam masa sama, pelbagai pihak juga mengutarakan pendapat mereka dalam memastikan […]

» Read more
1 1,966 1,967 1,968 1,969 1,970 2,084