Ahli Diseru Terus Istiqamah, Bersama Hadapi Cabaran Teruskan Perjuangan 72 Tahun UMNO

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh ahli parti untuk terus sama-sama istiqamah dalam usaha membina kekuatan parti dan bergerak ke depan meninggalkan nostalgia tanpa meninggalkan sejarah UMNO yang panjang selama 72 tahun. Menurut beliau jika dulunya UMNO sebuah parti yang berorientasi dan berteraskan kepada perkhidmatan untuk rakyat tanpa mengira kaum, namun […]

» Baca lanjut

UMNO Parti Konservatif Progresif, Bergerak Mengikut Lunas Perlembagaan – Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO adalah sebuah parti konservatif progresif  yang bergerak mengikut lunas-lunas Perlembagaan dan juga tatasusila serta sistem sosial yang ada di negara ini. Sehubungan itu beliau menegaskan tanggapan berterusan dan tohmahan pihak luar bahawa UMNO adalah sebuah parti rasis adalah bertentangan dengan apa yang  diperjuangkan oleh parti […]

» Baca lanjut

Golongan Muda Dialu-alukan Sertai ‘Shadow Cabinet BN’

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO mempelawa golongan muda untuk menyertai ‘shadow cabinet’ Barisan Nasional (BN) yang menggunakan sistem Jawatankuasa Portfolio (JKP) bagi setiap kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH). Jelas beliau, sekiranya ada golongan muda yang berminat untuk bersama-sama mengukuhkan parti maka mereka dialu-alukan. “Semalam saya telah umumkan tentang ‘shadow […]

» Baca lanjut

Jom Saksikan Wawancara Eksklusif Bersama Presiden UMNO Malam Ini

KUALA LUMPUR, 27 – Sebagai sebuah himpunan tahunan parti orang Melayu terbesar di negara ini, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 yang akan membuka tirainya pada esok, sudah pasti ianya bukan hanya menghimpunkan para perwakilan dan pemimpin parti dari seluruh negara malahan ahli-ahli dari akar umbi, penyokong serta masyarakat umum juga akan tertumpu kepadanya. Justeru, sebagai pembuka tirai PAU 2018, UMNO […]

» Baca lanjut

Seekor Dua Ayam Keluar Reban Dan Tidak Berkokok, Hari Tetap Siang – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, UMNO masih lagi mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi yang masih lagi setia dan berdiri teguh dengan perjuangan parti, biarpun UMNO tidak lagi memegang tampuk kerajaan di negara hari ini. Menurut beliau, yang lari keluar daripada UMNO hari ini adalah terdiri daripada golongan pemimpin sahaja, […]

» Baca lanjut

Bajet 2019 : Kerajaan Yang Silap Urus Ekonomi, Rakyat Pula Diminta Berkorban

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu terima hakikat bahawa polisi-polisi dan langkah-langkah mereka sendiri yang telah menukar halatuju ekonomi kepada arah yang lebih teruk dan akhirnya mereka mahu rakyat berkorban ekoran dasar teruk itu, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Bidas beliau, dahulunya, Malaysia ada Program Transformasi Negara yang begitu teratur dan […]

» Baca lanjut

Mahasiswa Dalam Dan Luar Negara Mula Berkumpul Di PWTC Sempena PAU 2018

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Seramai 69 mahasiswa dalam dan luar negara mula berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyertai Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU 2018) yang bakal membuka tirai pada 28 – 30 September ini. Daripada jumlah tersebut, 54 orang merupakan perwakilan daripada mahasiswa dalam negeri dan 15 orang daripada Kelab UMNO Luar Negara (KULN). Penyertaan mereka […]

» Baca lanjut

Jom Ikuti Facebook ‘Live’ Ucapan Utama Perhimpunan Agung UMNO 2018

KUALA LUMPUR, 27 – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 akan membuka tirainya pada esok, Jumaat yang bakal menghimpunkan bukan sahaja para perwakilan dan pemimpin parti dari seluruh negara malahan ahli-ahli dari akar umbi, penyokong serta masyarakat umum pasti akan tertumpu kepadanya. Seperti kelaziman saban tahun, semua pihak akan mengikuti beberapa acara dan majlis seperti persidangan setiap sayap pergerakan dan juga […]

» Baca lanjut

Baru Kalah Sekali… Jangan Mengalah, UMNO Mampu Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Ahli-ahli UMNO diseru jangan putus harapan dengan kekalahan parti yang berlaku pertama kali dalam sejarah, kerana UMNO mampu untuk bangkit semula kerana parti ini mempunyai  track record  yang baik sepanjang 61 tahun menjadi tonggak utama pentadbiran kerajaan di negara ini, demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurutnya, takkanlah baru sekali UMNO tewas […]

» Baca lanjut

Tutup Pusat Tahfiz Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasa amat kecewa dengan keputusan Menteri Wilayah untuk menutup semua Pusat Tahfiz yang tidak berdaftar dan menyifatkan tindakan itu seolah-olah bersikap berlepas tangan daripada tanggungjawab sebuah kerajaan pemerintah. Menurut beliau, memang benar banyak Pusat Tahfiz yang tidak berdaftar di dalam keadaan yang uzur dan boleh mendatangkan bahaya […]

» Baca lanjut
1 1,947 1,948 1,949 1,950 1,951 2,016