Pemuda UMNO Gesa Cisco ASEAN Ambil Tindakan Terhadap Eric Liew

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyeru Cisco ASEAN dan Cisco System yang berpengkalan di San Jose untuk mengambil tindakan diatas tindakan pekerja mereka Eric Liew yang jelas melanggar prinsip, nilai dan falsafah Cisco System.

Ketuanya Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata Eric Liew seharusnya bertanggungjawab seperti yang digariskan oleh Cisco System sendiri iaitu “We say what needs to be said, and hold ourselves accountable”.

Beliau seterusnya menjelaskan selain daripada laporan Polis yang dibuat terhadap Eric Liew di seluruh negara hari ini, Pergerakan Pemuda UMNO juga telah mewakilkan Exconya, Ikmal Hazlan dan Naib Ketua Pemuda Selangor, Amin Shukor menghantar memorandum kepada Syarikat CISCO tempat beliau bekerja.

“Pemuda UMNO Malaysia ingin menzahirkan kekecewaan dan kekesalan akan kenyataan Eric Liew di laman media sosial Facebook beliau mengenai DYMM Tuanku Sultan Kelantan berikutan keputusan Baginda melepaskan jawatan Yang Dipertuan Agong.

“Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, tindakan Eric Liew adalah biadap dan tidak menjaga sensiviti rakyat di Malaysia. Ia juga tidak mencerminkan nilai dan falsafah Cisco System iaitu ‘we respect and care for each other’“, katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Selain itu, Dr Asyraf memberitahu Pemuda UMNO menggesa pihak PDRM untuk melaksanakan siasatan terperinci ke atas Eric Liew mengikut mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut kebencian kepada Yang Dipertuan Agong.

“Sesungguhnya perkara ini harus dipandang serius kerana gejala seperti ini kian hari kian berleluasa dan boleh menimbulkan permasalahan lain yang lebih sukar dikawal kelak.

“Ingatlah, Malaysia adalah negara yang mengamalkan Raja Berpelembagaan dan sebagai rakyat Malaysia yang mengangkat ‘Rule of Law’, tindakan biadap seperti ini tidak harus berulang lagi”, ujarnya. -MediaUMNO

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.