Hina Sultan Muhammad V : Pemuda UMNO Desak Tindakan Undang-undang


KUALA LUMPUR, 7 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) segera bertindak kepada pemilik akaun Facebook yang bernama Eric Liew yang secara jelas menghina DYMM Sultan Muhammad V.

Ketuanya, Datuk Dr Asraf Wajdi Dususki berkata, jika di negara lain warganegara yang melemparkan komen menghina seperti yang dilakukan oleh Eric Liew akan menerima tindakan undang-undang.

“Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar pihak Polis DiRaja Malaysia agar segera bertindak kepada pemilik akaun Facebook yang bernama Eric Liew yang secara jelas menghina DYMM Sultan Muhammad V dalam ruangan komen di FB dengan mengaitkan perletakan jawatan Baginda dengan dakwaan Tuanku sibuk berzina.

“Ini suatu penghinaan dan fitnah jahat yang melampau terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sultan. Kalau di negara lain termasuk negara jiran Thailand, orang seperti ini sudah lama menerima tindakan undang-undang yang keras,” kata Dr. Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut semua pihak membuat laporan polis agar Eric Liew segera diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Menerusi komen Eric Liew yang dibuat dalam satu hantaran di Facebook berbunyi ‘Too busy fornicating with his new bride’ (Terlalu sibuk berzina dengan isteri baharunya). – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.