Kelemahan Kuatkuasa Undang-undang Punca Agong Dihina

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Kelemahan penguatkuasaan undang-undang, dan kegagalan peguam negara menangani isu-isu sensitif antara punca institusi Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja dihina oleh golongan biadap.

Demikian tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berhubung akaun Facebook yang bernama Eric Liew yang secara jelas menghina DYMM Sultan Muhammad V.

“Kami mendesak PDRM ambil tindakan tegas tangkap dan dakwa siapa sahaja yang bertindak biadap sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersifat rasional dan tidak keterlaluan membuat komen dalam media sosial.

“Individu seperti ini mesti didakwa agar menjadi pengajaran kepada orang lain,” katanya lagi.

Terdahulu, Eric didakwa memberikan komen jelek terhadap Sultan Muhammad V berhubung perletakan jawatan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Akibat berang dengan tindakan itu, rata-rata warganet menyerang laman Facebook Cisco ASEAN dengan mendesak syarikat tempat Eric bekerja tersebut mengambil tindakan terhadapnya.


Eric dalam satu hantaran menerusi laman Facebook hari ini, memohon maaf atas komen jelek yang dilakukannya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.