Apa Jadi Prinsip ‘Rule of Law’ Di Bawah PH… Amalan Penuh Hipokrit – Adnan

  KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pengamal Undang-Undang, Adnan Seman melihat ‘Rule of Law’ di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menimbulkan pelbagai persoalan malah secara langsung turut mewujudkan pelbagai persepsi di kalangan rakyat bahawa mereka ini jauh lebih hipokrit. Ini kerana katanya sebelum ini merekalah yang sering melaung-laungkan prinsip ‘Rule of Law’ namun keadaan itu tidak sepertimana yang dilaungkan apabila […]

» Read more

Dakwaan Kes Rogol Exco Perak: Wanita UMNO Gesa Siasat Tanpa Prejudis, Masyarakat Tuntut Keadilan

IPOH, 18 Julai – Rogol adalah satu tuduhan yang amat serius dalam apa jua keadaan, lebih-lebih lagi apabila ia dilaporkan melibatkan seorang Exco kerajaan negeri dan ahli politik kanan, tegas Ketua Wanita UMNO Negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin. Ujarnya, siasatan menyeluruh harus dilakukan oleh pihak polis dan jika tuduhan difailkan, rakyat mengharapkan pihak berkuasa untuk mendakwa kes […]

» Read more

Kerajaan PH Tak Prihatin, Gagal Tumpu Isu Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dianggap kerajaan tidak prihatin setelah mereka dilihat tidak memberi tumpuan sewajarnya kepada rakyat seperti mana yang berlaku terhadap nelayan di utara Perak ekoran terjejas setelah pembinaan tiga pulau tambahan di selatan Pulau Pinang. Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keadaan yang berlaku itu menyebabkan nelayan terbabit turun padang di […]

» Read more

Wacana Ilmu Kupas Isu Semasa Dekat Dengan Rakyat – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata program Wacana Ilmu anjuran penerangan parti dibuat bagi membincang serta meneliti pelbagai isu penting yang dekat selain memberi manfaat terhadap rakyat. Berucap pada Program Wacana Ilmu yang diadakan di Auditorium UMNO di sini, Rabu malam beliau menjelaskan program seumpama itu akan menjadi wadah baharu dan akan […]

» Read more

PH Bawa Negara Ke Mata Dunia, Bukan Kisah Kejayaan Tapi Isu Moral Pemimpinnya….

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) berjaya membawa nama negara ke mata dunia, kata Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan. Tetapi ianya bukan cerita kejayaan tapi sarat dengan isu-isu moral, sinis Zahida dalam satu lontaran di Facebook. Zahida berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar arus perdana di mana kerajaan Indonesia akan membantu kos guaman warganya […]

» Read more

Bukan Saja YB Melompat… Aset Parti Termasuk Akaun Bank Bahagian Pun Ikut ‘Lompat’

KOTA KINABALU, 17 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendedahkan senarai nama UMNO Bahagian-bahagian di Sabah yang bukan sahaja pemimpinnya melompat tetapi turut melarikan aset hak milik parti. Jelas Abdul Rahman yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tuaran, antara bahagian UMNO yang mana fail pentadbiran tidak diserahkan oleh kepimpinan yang melompat kepada kepimpinan baru ialah […]

» Read more

Kenapa Kerajaan Johor Abaikan Projek Rumah Perumahan Rakyat? Soal Khaled

PASIR GUDANG, 17 Julai – Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan kerajaan negeri perlu memberi penjelasan mengapa projek perumahan rakyat di kawasan Pasir Gudang tidak diteruskan, desak Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Tegas Khaled yang juga bekas Menteri Besar, kesemua projek perumahan rakyat di kawasan tersebut akan memberi manfaat besar kepada para penduduk setempat yang […]

» Read more

UMNO Berterima Kasih, Pendaftaran Automatik Sebagai Pemilih Merakyatkan Proses Demokrasi

KUALA LUMPUR, 17 Julai – UMNO merakamkan ucapan terima kasih kepada semua 211 ahli parlimen, tanpa mengira parti yang telah mengundi menyokong pindaan Perlembagaan bagi membolehkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas automatik didaftar sebagai pengundi serta layak diundi menjadi calon dalam pilihan raya. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata seperti yang disebutkan oleh Perdana Menteri […]

» Read more

Ahmad Zahid Terima Kunjungan Pemimpin Singapura

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan pemimpin dari Singapura yang merupakan rakan sejawatan lamanya iaitu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, K.Shanmugam. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan meliputi pelbagai isu semasa. “Perbincangan meliputi ehwal semasa, terutama soal keselamatan dan isu-isu bersama kedua-dua negara,” maklum Ahmad Zahid menerusi twitter beliau hari […]

» Read more

Usul Pembangkang Ditolak… Istilah Perompak, Perogol, Komunis Gamatkan Dewan

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Dewan Parlimen hari ini kecoh apabila blok pembangkang tidak berpuas hati dengan keputusan Speaker yang menolak usul pembangkang untuk merujuk Ahli Parlimen Bagan yang juga merupakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berikutan kenyataannya sebelum ini berhubung dana pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) . Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Mohamad […]

» Read more
1 1,775 1,776 1,777 1,778 1,779 2,043