Ahmad Zahid Terima Kunjungan Pemimpin Singapura

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan pemimpin dari Singapura yang merupakan rakan sejawatan lamanya iaitu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, K.Shanmugam.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan meliputi pelbagai isu semasa.

“Perbincangan meliputi ehwal semasa, terutama soal keselamatan dan isu-isu bersama kedua-dua negara,” maklum Ahmad Zahid menerusi twitter beliau hari ini. – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79