Wacana Ilmu Kupas Isu Semasa Dekat Dengan Rakyat – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata program Wacana Ilmu anjuran penerangan parti dibuat bagi membincang serta meneliti pelbagai isu penting yang dekat selain memberi manfaat terhadap rakyat.

Berucap pada Program Wacana Ilmu yang diadakan di Auditorium UMNO di sini, Rabu malam beliau menjelaskan program seumpama itu akan menjadi wadah baharu dan akan diadakan secara berkala.

“Pada minggu ini, tajuk berkaitan Rule of Law ‘Bagaimana Amalannya Sekarang?’ dipilih memandangkan isunya semakin hangat dan dekat dengan rakyat berikutan beberapa isu timbul kebelakangan ini.

“Tajuk-tajuk tertentu akan diperhalusi yang bersifat dekat dengan rakyat agar ianya menjadi medan terbaik untuk manfaat bersama,” katanya.

Dalam program Wacana Ilmu itu, antara barisan panel ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim, peguam, Adnan Seman dan Pensyarah Undang-Undang, Dr. Shamsher Singh Thind.

Tambahnya lagi melalui wacana ilmu ini isu-isu semasa serta perkara penting yang dekat dengan rakyat dan sudah tentu tajuk yang dibawa akan memberi manfaat kepada masyarakat umun secara menyeluruh. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.