Kerajaan Perak Peruntuk RM2.38 Juta Bantu Rakyat Termasuk Kawasan PKPD

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Kerajaan Negeri Perak akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.38 juta untuk membantu rakyat khususnya dari golongan miskin dan B-40 yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Daripada jumlah itu, RM1.2 juta akan disalurkan kepada empat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang terlibat dalam pelaksanaan PKPD, merangkumi masing-masing RM400,000 untuk PDT Kinta dan PDT Larut Matang & Selama manakala RM200,000 untuk PDT Hulu Perak dan PDT Muallim.

Dalam satu kenyataan akbar daripada Pejabat Menteri Besar, sejumlah RM1.18 juta pula melibatkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada kesemua 59 pejabat pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bagi memudahkan setiap wakil rakyat negeri ini menjalankan pengurusan menangani COVID-19 di kawasan masing-masing.

“Bantuan kepada semua pusat khidmat berkenaan diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad ketika mengadakan pertemuan dengan kesemua ADUN Perak yang diadakan secara maya pada hari ini.

“Walaupun prosedur operasi standard (SOP) pada PKPD kali ini lebih longgar dengan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi, namun,” katanya.
Menurut kenyataan akhbar tersebut juga, Menteri Besar mahu semua supaya PDT serta agensi yang berkenaaan membuat pemantauan bagi memastikan golongan rakyat yang terjejas dapat segera dibantu.

Bagi peruntukan kepada PDT di lokasi PKPD, Menteri Besar bersetuju agar keutamaan diberi bagi penyaluran bantuan kotak makanan kepada golongan miskin dan B-40 yang terkesan terutamanya mereka yang terputus mata pencarian atau terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan SOP sepanjang PKPD.

“Nilai barangan bagi setiap kotak makanan, senarai penerima, kaedah penyaluran adalah terpulang kepada kesesuaian dan budi bicara PDT di daerah yang berkenaan.

“Sekiranya terdapat lebihan peruntukan, PDT terbabit boleh menggunakan peruntukan tersebut bagi keperluan lain berkaitan pengurusan COVID-19 termasuk membeli ubat-ubatan,” tambahnya.- UMNO Online

 

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.