Norshida Santuni ‘Frontliners’, Gesa Masyarakat Berganding Bahu Kekang COVID -19

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim dan rakan-rakan pimpinan lain hari ini menyantuni ‘ftontliner’ dan sukarelawan lain yang bertugas di pusat vaksinasi Dewan Serbaguna Segamat.

Menurut beliau kunjungan berkenaan untuk melihat secara dekat selain menyantuni mereka-mereka yang berada di barisan depan dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 di negara ini.

“Rezeki yang ada di kongsi bersama. Saya dan rakan-rakan ke Dewan Serbaguna Segamat menyampaikan sumbangan sebanyak 130 pek makanan kepada semua ‘frontliners’ yang bertugas .

“Terima kasih kepada Pegawai yang bertugas yang membantu memudahkan urusan kami di sana,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Norshida yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO seterusnya menambah masyarakat perlu berganding bahu dan bersama-sama dalam mengekang penularan wabak berkenaan.

“Semoga usaha kecil kami ini, di berkati. Kepada “frontliners’ terima kasih di atas khidmat bakti tanpa lelah yang diberi kan.Kami hargai. Semoga kalian dalam lindungan Allah sentiasa.

“Untuk masyarakat, kekallah duduk di rumah. Keluar atas urusan penting sahaja. Patuh SOP,jaga jarak, kerap cuci tangan. Kepada Allah Berserah,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.