UMNO Failkan Writ di Mahkamah Tinggi – Antara lain tuntut RM116.7 juta Milik Parti

KUALA LUMPUR, 24 Sept – UMNO pada 21.9.2018 telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur antara lain untuk menuntut RM116.7 juta milik UMNO yang didakwa disita oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tuntutan tersebut telah difailkan terhadap Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Dato’ Mohd Sakri Arifin iaitu pegawai serbuan dan empat yang lain. Tetuan Scivetti & Associates melalui Peguam Utama UMNO, […]

» Read more

Sejarah Bukti UMNO Sangat Terbuka Kepada Kepelbagaian Kaum – Annuar

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa membidas sindrom yang wujud mutahir ini iaitu cuba menggambarkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang hanya membela satu kaum sahaja iaitu Melayu. Jelas beliau, UMNO telah banyak disalah ertikan sehingga menjadi mangsa kepada kempen-kempen untuk memberi wajah negatif kepada UMNO walau sebenarnya sejarah perjuangan UMNO telah membuktikan bahawa […]

» Read more

PRK Port Dickson: BN Putus Calon Lepas Mesyuarat 2 Petang Ini

SEREMBAN, 24 Okt – Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akan dibuat dalam mesyuarat Biro Politik UMNO pukul 2 petang ini. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat bersama pimpinan BN, esok. “Semua pandangan akan diambil kira… perlu atau tidak BN […]

» Read more

“10 Pergi 100 Akan Ke Hadapan, Perjuangan Parti Bukan Untuk Individu” – Shahrir

  KUALA LUMPUR, 24 Sept –”Siapa jadi Presiden tidak ada masalah sebab perjuangan bukan soal individu. Bagi saya satu pergi 10 datang… 10 pergi 100 akan ke hadapan. “Kita berada dalam parti bukan untuk individu tetapi kerana perjuangan anak cucu cicit, bagaimana negara ini mahu dibentuk dan ia dibentuk melalui politik,”, demikian pandangan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri […]

» Read more

Kekuatan UMNO Datang Dari Kekuatan Sokongan Akar Umbi – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Dusuki menegaskan, ahli-ahli UMNO tidak perlu merasa gundah gulana tentang kekuatan UMNO hari ini kerana kekuatan yang ada pada parti terbesar Melayu hari ini adalah datangnya daripada akar umbi di seluruh negara. Apa yang paling penting menurut Asyraf ialah soal pengukuhan parti agar ia terus mampu untuk menjadi […]

» Read more

Label Peminjam PTPTN Tak Amanah… Siapa Sebenarnya Yang Tidak Amanah? – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menempelak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melabelkan peminjam PTPTN dengan pelbagai gelaran kerana ianya adalah tidak wajar sebaliknya usaha-usaha sebagaimana kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN) lakukan hendaklah dibuat. Sebab itu jugalah katanya, kalau ditanya siapa sebenarnya yang tidak amanah tentulah kerajaan hari ini. “Kenapa saya berkata […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO 2018 Bentuk Hala Tuju Baru UMNO, Perkukuhkan Semangat

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad mengharapkan agar Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 28 – 30 Sept ini akan membentuk satu hala tuju baru bagi parti keramat ini sekaligus dapat menaikkan semangat akar umbi. Beliau percaya, perhimpunan kali ini yang menekankan aspek perjuangan juga adalah sesuatu yang tepat kerana semua […]

» Read more

Azlan Man dan Musa Sheikh Fadzir Angkat Sumpah Sebagai MT UMNO

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) pada mesyuarat MT yang diadakan hari ini. Azlan dan Musa melafazkan sumpah taat setia jawatan itu di hadapan anggota MT dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden […]

» Read more

Bukan Masa Salah Menyalah, Bersama Tolak Tohmahan, Serang Tawaran Palsu Kerajaan PH

JOHOR BAHARU, 23 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pemimpin dan ahli parti di semua peringkat mesti berperanan besar untuk mengikis persepsi buruk yang ditohmah kepada UMNO oleh parti kerajaan hari ini. Jelas beliau apa yang mereka lakukan pada satu ketika dahulu berjaya mempengaruhi rakyat sehingga mereka membentuk kerajaan hari ini. Tambahnya lagi secara […]

» Read more

Kerajaan PH Johor Perlu Tumpu Perancangan Baru Untuk Negeri Dan Rakyat – Hasni

JOHOR BAHARU, 22 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohamad berkata pihaknya menerima hakikat bahawa Barisan Nasional (BN) telah mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu di negeri berkenaan namun apa yang mengecewakan adalah sikap serta tindak-tanduk yang diambil oleh kerajaan baharu hari ini. Menurut beliau kerajaan negeri seharusnya menumpukan kepada perancangan serta pelbagai aspek […]

» Read more
1 1,681 1,682 1,683 1,684 1,685 1,752