Hilang Kuasa Sangat Memeritkan, Kerajaan PH Hari Ini Makin Menggila – Ir Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Wakil Negeri Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain membidas pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari hari ke hari semakin ‘menggila’ apabila mendapat kuasa serta menindas rakyat marhaen.

Katanya, tindakan kerajaan ini dibuat selepas UMNO kehilangan dua tunjang kuasa utama dalam negara dan ini cukup memeritkan.

“Sayang seribu kali sayang UMNO sudah kehilangan dua tunjang kekuatan iaitu kehilangan kuasa di Putrajaya dan juga kehilangan kuasa di peringkat negeri kecuali Perlis dan Pahang. Perlis dan Pahang yang berjaya mempertahankan maruah UMNO.

“Kerajaan hari ini pula, kebanyakan dasar-dasar yang digubal bertujuan memihak kepada golongan hartawan dan bukannya rakyat marhaen. Akhirnya secara tidak langsung menindas dan menghimpit kehidupan rakyat,” katanya ketika membahas Usul Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ir Aziz menambah, parti UMNO turut menjadi mangsa kekejaman kerajaan PH pada hari ini apabila mereka(PH) membekukan akaun UMNO agar parti ini gagal beroperasi dan berfungsi secara baik dan perbuatan mereka ini cukup mungkar.

“Sudah tibanya ahli UMNO harus saling bahu membahu, memikirkan untuk mentrasformasikan parti keramat ini sebagai satu wadah politik, sosio-ekonomi bermula dan ia dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat pimpinan atasan,” katanya lagi.

Selain itu tambahnya lagi, UMNO adalah sebuah perjuangan dengan asas dan tujuan adalah berjuang mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara maka ia perlu terus diperkasakan khusunya untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (Kimanis) yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Kita perlu menang Kimanis dan bukan setakat UMNO mengekalkan momentum kemenangan, tetapi kita perlu menang kerana rakyat. Rakyat sedang gusar, gundah dan gulanah dengan dasar-dasar kerajaan Warisan dan sahabat baiknya PH.

“UMNO akan terus memperjuangkan nasib rakyat dan perjuangan ini tidak ada noktah sama ada menang atau kalah. Kita akan terus berjuang demi generasi ini dan generasi yang akan datang. UMNO tetap istiqomah dan tidak sekali-kali akan berundur dan berganjak dari medan perang,” ujarnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.