Hikayat Hapus Tol, Pekikkah Lagi Puchong Dan Simpang Renggam?

KUALA LUMPUR, 12 Okt – “Bukan main memekik Puchong dan Simpang Renggam sampai buat video dan poster berjuta-juta orang ‘like’ dan tonton. Hari ini, apa cerita?”, soal bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sinis Najib dalam catatan di ‘facebook’nya itu secara jelas merujuk kepada tindakan calon Pakatan Harapan (PH) ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu bagi kawasan […]

» Read more

Kenyataan Lebuh Raya Tanpa Tol Di Malaysia Mustahil Mungkir Janji Terbesar Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) di Bali bahawa lebuh raya tanpa tol di Malaysia sesuatu yang mustahil, adalah antara mungkir janji terbesar dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Tegasnya, biarpun Tun M mendakwa cuba menghalang perkara itu dimasukkan sebagai manifesto PH, ia tidak […]

» Read more

Akui Gagal Hapuskan Tol : Inilah Akibat Bercakap Tanpa Berfikir – Tajuddin

KUALA LUMPUR, 12 Okt – “Bercakap sebelum berfikir itulah jadinya. Dulu bila bercakap ikut sedap cakap, tidak fikir implikasinya.. lain kali fikir.. buat kajian dulu sebelum buat satu-satu kenyataan. Jangan ikut hati, sekarang sendiri menyesal,” bidas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pembinaan lebuh raya […]

» Read more

Ibu Pejabat UMNO Nafi Digeledah RoS, PDRM Atau SPRM

KUALA LUMPUR, 12 Okt – UMNO menafikan penyebaran kononnya Ibu Pejabat parti telah diselongkar serentak pagi ini oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan memaklumkan bahawa gambar-gambar yang tular menerusi media sosial adalah kerja-kerja penyusunan dan kemaskini fail-fail pentadbiran di Ibu Pejabat UMNO. “Berita yang […]

» Read more

Selepas Lima Bulan Berkuasa, Apa Yang Rakyat Nikmati?

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Penganalisa Politik, Azizi Safar berkata setelah lima bulan negara bertukar kepimpinan selepas Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH), rakyat dilihat mula sedar mereka telah tersalah pilih semasa mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Jelas beliau, apa yang diharapkan oleh rakyat seperti penurunan kos sara hidup, pemansuhan hutang PTPTN, penghapusan tol […]

» Read more

UMNO Tolak Usaha Penjualan Aset Khazanah dan PNB – Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Okt – UMNO menolak usaha penjualan aset Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa PNB merupakan agensi amanah (trust agency) Bumiputra di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra. “Justeru, sebarang penjualan untuk melepaskan hak pemegangan ekuiti akan jejaskan peratusan ekuiti potfolio untuk skim-skim saham amanah di bawahnya,” katanya […]

» Read more

Bajet 2019 Penentu Ekonomi Malaysia… Menteri Kewangan Jangan Tersalah Titik Perpuluhan Lagi!

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Selepas lima bulan berlalu di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), persoalan yang timbul ialah adakah ekonomi Malaysia bertambah baik bawah PH? Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarikh Khan menimbulkan persoalan tersebut lantaran lapran daripada Bank Dunia yang meramalkan ekonomi Malaysia akan mengalami penurunan mendadak untuk 2018 kepada 4.9 peratus berbanding ramalan terdahulu sebanyak […]

» Read more

Jangan Biarkan Agensi Bernama Rosak Di Atas Ketaksuban Agenda Politik – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 11 Okt – UMNO mempertikaikan pelantikan bekas editor The Rocket milik Dap, Wan Hamidi Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang dianggap tidak bersesuaian dengan pertubuhan itu sendiri. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, biarpun ia agensi berita milik kerajaan, pelantikan seseorang yang aktif dalam politik kepartian bakal menguburkan Bernama […]

» Read more

Jual Aset Khazanah, PNB Bakal Beri Kesan Kepada Entiti Pelaburan Dan Ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, YB Tony Pua tentang pelepasan aset bukan teras dan bukan strategik oleh Khazanah Nasional Berhad dan juga Perbadanan Nasional Berhad, kononnya bagi meningkatkan penyertaan sektor swasta dan meningkatkan wang kerajaan. Naib Ketua Pemudanya, Shahril Sufian Hamdan berkata, langkah drastik ini merupakan satu tindakan yang menodai […]

» Read more

UMNO Kini Perlu Tumpu Perhatian Kepada Penyusunan Parti Menuju PRU-15

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO kini perlu menumpukan perhatian kepada penyusunan parti serta mengatur Barisan Nasional (BN) baru serta membina harapan baru dalam menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Jelas beliau sebagai pembangkang, mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi di kala ini bukanlah satu perkara utama. “Hanya BN yang tidak mengikat Wakil […]

» Read more
1 1,671 1,672 1,673 1,674 1,675 1,754