Polemik Peletakan Jawatan Pengerusi JK Disiplin UMNO, Tan Sri Apandi Masih Lagi Pengerusi

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Ibu Pejabat UMNO ambil maklum dan pandang serius polemik peletakan jawatan Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin parti seperti yang dilaporkan media pada 26 dan 27hb Disember.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang surat peletakan jawatan di terima Ibu Pejabat parti.

“Justeru Tan Sri Apandi Ali Masih Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin UMNO.

“Saya telah berkesempatan menghubungi Tan Sri Apandi Ali, dan sahih beliau sedang bercuti di luar negara.

“Saya telah diberi sedikit gambaran apa yang telah berlaku, dan bersetuju perkara ini perlu dibincang secara tertib apabila Tan Sri pulang dari bercuti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, terdapat beberapa kekeliruan berkaitan perkara yg dibangkitkan dan perkara ini boleh dibincangkan apabila Tan Sri sendiri berada di KL

“Adalah ditegaskan Jawatan Kuasa Disiplin adalah sebuah jawatan kuasa yang dibentuk berdasarkan Perlembagaan parti dan bebas. Ia kekal sedemikian.

“Beberapa kekeliruan mengenai proses dan tindakan JD akan dimurnikan apabila JK tersebut bermesyuarat secara bebas dan dipengerusi sendiri oleh Tan Sri Apandi Ali.”

Katanya, adalah ditegaskan bahawa adalah tidak benar wujud campurtangan dalam proses atau ‘proceeding’ JK Disiplin dan mereka kekal bebas membuat siasatan dan melaporkannya kepada MKT parti.

“Saya berharap semua pihak dapat menghormati kedudukan jawatankuasa ini serta apa yang termaktub dalam Perlembagaan parti,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.