PH Gagal Urus Perbezaan Pendapat Dalam Isu Jawi – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Dalam isu pengenalan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpandangan Pakatan Harapan (PH) gagal sama sekali menguruskan perbezaan pendapat dan pemahaman dalam kalangan pelbagai pihak berkepentingan termasuk ibu bapa hingga ke para pelajar.

Soal beliau, mengapa kegagalan ini berlaku?

“Semuanya bermula apabila tiada kesepakatan atau ruang diskusi matang diadakan antara PH dan NGO serta pemegang taruh dalam bidang pendidikan itu sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, Dap yang kini menjadi sebahagian besar pentadbiran kerajaan PH dilihat tidak membantu sama sekali.

“Kini terserah kepada pihak kerajaan PH sendiri menangani isu ini dan ia menjadi indikator kebijaksanaan mereka mengurus perbezaan pendapat.”

Paling penting, tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap,
isu ini hendaklah tidak memprejudiskan keharmonian pelbagai kaum dan kepentingan masa depan bidang pendidikan negara yang luas. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.