Elaun Kritikal JPA: Akhirnya Bakal PM-8 Bersuara… Molek Beri Pada TPM Juga

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Isu berkaitan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini untuk memansuhkan beberapa jenis elaun termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) masih berlarutan.

Hal ini turut mengundang kenyataan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bakal Perdana Menteri (PM) ke-8 telah bersuara.

“Akhirnya bakal PM ke-8 bersuara juga dengan menggesa kerajaan dapat bincang semula keputusan penamatan elaun kritikal kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain,” katanya melalui kenyataan dalam laman Facebooknya hari ini.

Jelas beliau, sebagai hero rakyat yang biasanya bersuara setelah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jadi tak keruan menyalahkan satu sama lain, bahkan ada yang terlupa bahawa keputusan dibuat oleh kabinet sendiri.

“Lebih molek bakal PM ke-8 dapat juga beri salinan kenyataan media ini kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap isteri sendiri supaya tindakan segera boleh diambil,” katanya lagi.

Semalam, Anwar melalui kenyataan medianya menyuarakan pendapat agar perkara berkaitan penamatan pembayaran insentif elaun kritikal ini dibincang semula oleh kerajaan dalam sidang kabinet pertama tahun 2020 dengan kerajaan mesti mengambil kira keresahan dan kebimbangan yang disuarakan rakyat.

Katanya, para menteri juga disyorkan menggunakan ruang kabinet bagi menyatakan pandangan mereka. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.