Keikhlasan Teras Perjuangan… Pas Oportunis Dalam Kerjasama Politik

Pengalaman kerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional mengajar kita bahawa Pas sebuah parti yang bersifat oportunis. Mereka hanya mahu bekerjasama antara parti demi kepentingan politik mereka tersendiri, bukan berlandaskan prinsip keikhlasan demi kerjasama yang kukuh dalam arus politik perdana. Dahulu Pas bukan sahaja pernah mencabuli kerjasama dengan UMNO di dalam Muafakat Nasional tetapi mereka juga mencabuli kerjasama dengan Barisan Alternatif […]

» Read more

Henti Berpolitik Di Dewan Rakyat, Manfaatkan Perbahasan Bawa Isu Negara – Manndzri

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menjunjung penuh titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk memanfaatkan persidangan Dewan Rakyat dengan membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara. Beliau berkata titah tersebut mengkehendaki perbahasan yang matang berbentuk ilmiah, berfakta bagi mengangkat aspirasi rakyat. “Sebab kadang-kadang di dalam dewan itu pun masih lagi tak berhenti dengan politik. Jadi […]

» Read more

Sedia Kerjasama Dengan UMNO… Kenyataan Pas Hanya Mahu Balas Dendam – Zawawi

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Kenyataan Pas yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO sekiranya berlaku pertukaran pimpinan adalah bermotifkan balas dendam. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, UMNO tidak pernah memperdagangkan bangsa dan agama untuk memecahbelahkan rakyat seperti yang dilakukan oleh Pas. “Kenyataan Hashim Jasin itu adalah bermotifkan balas dendam sebenarnya sebab sebelum ini pun Presiden, […]

» Read more

Ahmad Zahid Cadang Pengusaha Inap Desa Dikecualikan Kenaikan Tarif Elektrik

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya pengusaha inap desa dan kampungstay diberikan pengecualian daripada kenaikan tarif elektrik. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia susulan perkembangan pesat sektor inap desa dan kampungstay yang berjaya menarik minat hampir 830,000 pelancong domestik dan antarabangsa dengan […]

» Read more

Maritim, Ekonomi Angkasa, Pelancongan Perlu Diperhebat Untuk Masa Depan – Shahar Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah menekankan pertumbuhan utama yang boleh membentuk masa depan ekonomi Malaysia iaitu maritim, pelancongan, ekonomi angkasa, dan ekonomi halal. Katanya, potensi Malaysia dalam sektor maritim yang mempunyai lebih 4,600 kilometer garis pantai, boleh menjadi peneraju dalam pembinaan kapal, pembaikan kapal dan teknologi marin. “Kesan limpahan ekonomi daripada Ibu […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Pengerusi Veteran UMNO Kelantan

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Kamarudin Abdullah yang meninggal dunia pagi tadi. Menerusi catatan di platform X, Ahmad Zahid menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar khususnya buat rakyat di Kelantan. “Allahyarham banyak berjasa kepada UMNO dan masyarakat. Saya mengucapkan takziah […]

» Read more

Malaysia Komited Lindungi Hak Dan Kebajikan Pekerja Asing – Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Kerajaan sentiasa memandang serius berkaitan isu pekerja asing termasuklah hal ehwal dan kebajikan mereka. Dalam hal ini Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Malaysia secara rasmi telah meratifikasi Konvensyen  International Labour Organization (ILO) No. 29 (Buruh Paksa) yang juga dikenali sebagai Protokol 29 pada 21 Mac 2022 sebagai usaha menangani isu buruh paksa […]

» Read more

Cadangan Keluarkan MCA Seperti ‘Bermimpi Di Siang Hari’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA, sebaliknya komited mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen. Timbalan Perdana Menteri menyifatkan cadangan individu tertentu itu sebagai ‘bermimpi di siang hari’. “Kita tidak pernah terpengaruh dengan mana-mana desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam […]

» Read more

Sekretariat Wanita Profesional (SWP) Tarik 120 Kanak-kanak Sertai Program Sunat Percuma

MELAKA, 4 Feb – Sekretariat Wanita Profesional (SWP) memainkan peranan penting dalam Program Sunat Percuma yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan DUN Paya Rumput, Melaka. Pengerusinya, Dr Masliha Harun berkata program ini dianjurkan oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin. Katanya, program tersebut menarik penyertaan seramai […]

» Read more

PLKN 3.0 Dilaksanakan Seluruh Negara Mulai Tahun 2026 – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Kementerian Pertahanan telah membuat ketetapan untuk melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 semua negeri di Malaysia, termasuk Sarawak dan ia akan dijalankan di kem Rejimen 511 Askar Wataniah (AW) mulai tahun 2026. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kriteria pemilihan pelatih, program PLKN 3.0 ini menetapkan beberapa syarat asas yang perlu dipenuhi. “Semua […]

» Read more
1 165 166 167 168 169 2,040