Lima Generasi Pemuda UMNO Pekan Terus Perkukuh Parti

PEKAN, 19 April – Program Santai Raya Aidilfitri melibatkan lima generasi Pemuda UMNO Bahagian Pekan menjadi medan penting dalam memperkukuh ukhuwah serta menyatukan semangat perjuangan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Majlis yang berlangsung di perkarangan Rumah Andak Li, Chini 3 itu menghimpunkan pelbagai lapisan generasi dalam satu platform, sekali gus mencerminkan kesinambungan perjuangan UMNO yang terus relevan merentasi […]

» Read more

Sekolah Patriotik: Generasi Muda Berpotensi Teruskan Perjuangan Parti

KUALA LUMPUR, 19 April – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan keyakinan terhadap potensi besar generasi muda dalam meneruskan perjuangan parti melalui penglibatan aktif dalam program Sekolah Patriotik UMNO. Menurut beliau, antara program yang sentiasa dinantikan adalah sesi Subuh berjemaah bersama para peserta, yang menjadi platform penting untuk mendekati serta berinteraksi secara langsung dengan anak-anak muda. “Di sinilah ruang untuk […]

» Read more

Pintu Rumah Bangsa … Seruan Penyatuan Semula Ahli

KUALA LUMPUR, 19 April – UMNO mengambil langkah berani dengan membuka semula pintu “Rumah Bangsa” kepada mereka yang pernah menjauh, sebagai usaha memperkukuh kembali kesatuan parti. Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pendekatan tersebut mencerminkan kematangan serta jiwa besar parti dalam mendepani landskap politik semasa. Menurut beliau, langkah itu bukan sekadar soal […]

» Read more

UMNO Ucap Takziah Atas Pemergian Awadnir Matanggal

KUALA LUMPUR, 19 April – UMNO merakamkan ucapan takziah atas pemergian Pengerusi Veteran UMNO Sabah, Allahyarham Datuk Awadnir Matanggal yang telah kembali ke rahmatullah. Dalam satu kenyataan, kepimpinan parti menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar khususnya kepada barisan veteran UMNO di Sabah yang selama ini menjadi tonggak kekuatan serta rujukan dalam memperkukuh perjuangan parti. Allahyarham dikenang sebagai seorang tokoh […]

» Read more

UMNO Perlu Diperkukuh, Perkasa Kesatuan Dan Disiplin Parti – Bekas MB Selangor

KUALA LUMPUR, 19 April – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menegaskan bahawa kekuatan parti perlu menjadi keutamaan dengan menghentikan budaya mempertikaikan kepimpinan secara berlebihan. Beliau yang juga veteran UMNO seterusnya berpandangan bahawa parti itu ketika ini berada dalam landasan yang baik di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh ahli perlu memberikan […]

» Read more

Kesetiaan Dan Kebersamaan KIMMA Kukuhkan Kestabilan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 April —Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kesetiaan dan kebersamaan merupakan asas penting dalam memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara. Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) ke-46 yang menghimpunkan hampir 1,000 perwakilan dari seluruh negara. Menurut Ahmad Zahid yang juga […]

» Read more

Penubuhan Rumah Bangsa Satu Langkah Membanggakan – Tun Khalil

KUALA LUMPUR, 18 April – Bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob berpandangan bahawa penubuhan Sekretariat Rumah Bangsa merupakan satu langkah yang membanggakan. Menurut beliau, usaha tersebut dilihat mampu menguatkan semula UMNO dalam meneruskan perjuangan yang diwarisi daripada generasi terdahulu. “Penubuhan Sekretariat Rumah Bangsa merupakan satu langkah yang membanggakan. Untuk kita kuatkan UMNO dan UMNO perlu lebih banyak […]

» Read more

Gagasan Rumah Bangsa: Iltizam, Kesungguhan UMNO Rapatkan Saf Perjuangan

KUALA LUMPUR, 18 April – Gagasan Rumah Bangsa menggambarkan iltizam dan kesungguhan UMNO untuk merapatkan saf perjuangan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam tadi mengambil keputusan signifikan dengan menyokong penuh gagasan Rumah Bangsa. “Saya […]

» Read more

UMNO ke-80: Semoga Terus Bangkit, Kembali Jadi Sebuah Parti Dominan

BAGAN DATUK, 18 April – Exco Wanita UMNO Malaysia merangkap Ketua Wanita UMNO Langkawi, Hisham Suhaily Othman berharap agar parti akan terus bangkit dan kembali menjadi dominan. Ujarnya, usia 80 tahun yang bakal dijangkau oleh parti keramat ini sudah semestinya mematangkan lagi UMNO terutamanya dalam memerintah negara. “80 itu bukanlah satu angka yang kecil. Kalau seorang dewasa yang dah pun […]

» Read more

Labuan Juga Perlu Diberi Peluang Bangkit – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 18 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, menjunjung kasih dan menyambut baik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berhubung cadangan mengembalikan semula keistimewaan Pulau Bebas Cukai di Langkawi. Menurut beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, titah tersebut mencerminkan keprihatinan institusi diraja terhadap kesejahteraan rakyat serta keperluan mendesak […]

» Read more
1 167 168 169 170 171 2,486