BN Sokong Tema Keluarga Malaysia, Ambil Semangat UMNO Sebagai Satu Kompenan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengambil semangat UMNO sebagai salah satu parti dalam komponennya untuk mengeluarkan beberapa ketetapan berkaitan kerajaan baharu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, BN mengambil ketetapan berikutan hasil keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang telah mengadakan mesyuaratnya pada 27 Ogos lalu.

Mak dengan ini Dewan Tertinggi BN telah bersetuju bahawa:
I. Barisan Nasional menyokong penuh pentadbiran YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-

II. Barisan Nasional akan menyokong segala kerjasama rentas parti yang bertujuan untuk mengatasi masalah pandemik COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi rakyat dan negara.

III. Menyokong mana-mana cadangan untuk menambah baik Pakej-Pakej Bantuan yang telah diumumkan kepada rakyat sebelum ini haruslah diambil serius dan dibuat pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.

IV. Menyokong terma Keluarga Malaysia digunakan secara meluas bagi menggambarkan pentadbiran secara inklusif dan memupuk persefahaman masyarakat yang berbilang budaya dan agama serta wilayah.

V. Satu Suruhanjaya DiRaja perlu segera diwujudkan bagi menyiasat segala pendedahan yang dibuat oleh Tommy Thomas berkenaan dengan campur tangan politik dalam Institusi Peguam, Kehakiman dan Keselamatan negara. Dalam keadaan negara yang sedang bergelut untuk mengatasi masalah COVID-19, krisis ekonomi, masalah pengangguran, kekangan kewangan rakyat, Barisan Nasional akan memainkan peranan yang lebih instruktif bagi memastikan segala keputusan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan adalah berorientasikan rakyat. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/08/Kenyataan-Media-092021-BM.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.