COVID-19 : ‘Cetusan Kasih Sayang Dari Jauh’ UMNO Temerloh Santuni Penduduk Setempat – Sharkar

TEMERLOH, 14 Sept – Dalam usaha menyantuni mereka yang terkesan dan kalangan penduduk yang dikuarantin akibat COVID-19, UMNO bahagian ini terus menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mereka yang terlibat. Bertempat di Kampung Batu Satu, Temerloh, UMNO Bahagian Temerloh diketuai Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin sendiri bersama pimpinan setempat lain turun padang melihat serta mengagihkan bantuan keperluan makanan. “Beberapa hari lalu saya […]

» Read more

Ahmad Maslan Ucap Penghargaan, Cadangan Timbalan Speaker Ketiga Dipersetujui Kerajaan

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan ucapan penghargaan kepada kerajaan yang bersetuju dengan satu daripada transformasi Parlimen yang diutarakan beliau sebelum ini. Beliau yang juga calon bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata cadangan yang dipersetujui adalah untuk mewujudkan seorang lagi Timbalan Yang di-Pertua / Timbalan Speaker. “Terima kasih kerajaan kerana setuju cadangan […]

» Read more

Terima Kasih KPT Penuhi Tuntutan, UMNOSiswa Akan Terus Perjuangkan Kepentingan Mahasiswa

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Pengerusi Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSiswa) Mubarak Kunyi mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad atas pengumuman yang telah dilakukan pada hari ini. Katanya, UMNOSiswa telah meneliti pengumuman hari ini dan berpandangan banyak tuntutan yang telah dipenuhi oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). “KPT telah memberi keutamaan kepada mahasiswa yang […]

» Read more

MoU Transformasi Dan Kestabilan Politik Beri Manfaat Ke Arah Pemulihan Negara – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 14 Sept – UMNO Sabah berpandangan kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan blok pembangkang ketika negara berhadapan dengan masalah kesihatan dan ekonomi adalah sesuatu yang positif demi masa hadapan rakyat dan negara. Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata walaupun perjanjian kerjasama ini bersifat sementara iaitu blok pembangkang akan menjadi pembangkang di Dewan Rakyat namun pandangan mereka tetap akan […]

» Read more

Terima Kasih Kerajaan, Pertimbang Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Terakru – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini bertanya sama ada kerajaan berhasrat untuk melaksanakan moratorium bayaran pinjaman tanpa faedah terakru bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Ahmad berkata ini kerana hutang isi rumah di Malaysia mencatatkan angka yang tinggi sehingga mencecah 93.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) malah terus […]

» Read more

Persefahaman Rentas Parti Membantu Kestabilan – Tidak Lebih, Tidak Kurang

1. Untuk apa MoU ini? Persefahaman antara blok Kerajaan dan pembangkang adalah sejajar dengan tuntutan semasa iaitu kestabilan politik sehingga PRU 15. — 2. Adakah persefahaman ini bermakna Kerajaan=Pembangkang? UMNO sudah bersama dengan parti lain? Sepertimana disebut oleh Anthony Loke sendiri, ini tidak bermaksud pembangkang akan berhenti menjadi pembangkang, jauh sekali menjadi sebahagian Kerajaan. Saya yakin pembangkang masih akan menjalankan […]

» Read more

Harap #TuntutanRAKYAT Jadi Kenyataan, ‘Safety Net’ Jangka Pendek – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap #TuntutanRAKYAT agar nilai Bantuan Khas Covid (BKC) ditambah akan menjadi kenyataan. Katanya, bantuan rakyat ini adalah ‘safety net’ atau jaminan keselamatan rakyat yang bukan sahaja mampu mengeluarkan rakyat daripada kesempitan jangka pendek bahkan sebagai stimulus atau perangsang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang dilanda pandemik. “Difahamkan […]

» Read more

Endemik… Kerajaan Jaga Ekonomi, Jamin Keselamatan, Kesejahteraan Termasuk Kesihatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan walaupun selepas pandemik COVID-19 dikategorikan endemik, kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk membendung dan mengawal jangkitan. Jelasnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), kerajaan selain perlu menjaga ekonomi, mesti menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat termasuk dalam aspek kesihatan. Beliau berkata demikian merujuk kepada pandangan yang dilontarkan […]

» Read more

Hayati Sambutan Hari Malaysia, Hargai Keunikan Kepelbagaian Diversiti Kaum Dan Etnik – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September saban tahun perlu dihayati seperti sambutan Hari Kemerdekaan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Jelas beliau, Hari Malaysia juga bukan sekadar memperingati detik sejarah penubuhan Malaysia semata-mata namun ianya perlu diambil dari segi […]

» Read more

Mahdzir Sambut Baik Titah Tuanku, Demokrasi Musyawarah Penyelesaian Permasalahan

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengungkap kembali titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang antara lain menasihatkan semua pihak untuk mengamalkan demokrasi musyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan. Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau turut melontarkan kembali bagaimana hasrat dan titah Tuanku yang menyambut baik keterbukaan kerajaan hari ini. “Hari […]

» Read more
1 1,628 1,629 1,630 1,631 1,632 2,429