COVID-19 : ‘Cetusan Kasih Sayang Dari Jauh’ UMNO Temerloh Santuni Penduduk Setempat – Sharkar

TEMERLOH, 14 Sept – Dalam usaha menyantuni mereka yang terkesan dan kalangan penduduk yang dikuarantin akibat COVID-19, UMNO bahagian ini terus menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

Bertempat di Kampung Batu Satu, Temerloh, UMNO Bahagian Temerloh diketuai Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin sendiri bersama pimpinan setempat lain turun padang melihat serta mengagihkan bantuan keperluan makanan.

“Beberapa hari lalu saya berkesempatan menghantar bantuan bakul makanan kepada keluarga yang dikuarantinkan akibat COVID-19 di Kampung Batu Satu.

“Disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan ini, saya hanya dibenarkan menyampaikan barangan dari jarak yang sedikit berjauhan. Namun dekat dihati saya ingin berbual sambil bertanya khabar mereka namun apakan daya, SOP perlu saya patuhi,” ujarnya menerusi Facebook.

Tambah Sharkar, kampung berkenaan bukanlah asing baginya kerana pernah bermastautin di sana selain masih terdapat kenalan dan sebagainya.

“Kampung Batu Satu ini pula bukan asing bagi saya. Saya pernah bermastautin di sini ketika umur remaja saya. Masih ramai kenalan saya yang masih menetap di sini. Sesekali akan mengamit kenangan manis yang tidak akan padam dalam hati saya.

“Terima kasih kepada MTSP Temerloh, JKKK Kampung Batu Satu, APM dan penduduk setempat yang membantu mengagihkan bantuan ini dari rumah ke rumah.

“Insya Allah kita akan terus membantu rakyat…kita akan terus menyantuni mereka-mereka yang memerlukan kerana UMNO sentiasa bersama rakyat,” katanya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.