PRN Sabah: Pemuda UMNO Siap Sedia, Yakin ‘Track Record’ Cemerlang BN Bawa Kejayaan

KOTA KINABALU, 5 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Sabah telah bermesyuarat dan mempersiapkan strategi serta jentera di samping beberapa ketetapan secara kolektif bagi berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Suffian Abd Karim berkata, dengan adanya pengalaman, strategi, ‘track record’ cemerlang serta pendirian kukuh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin maka tentunya […]

» Read more

PUMAS Off-Site Produk Baharu, Beri Ruang Mereka Di Luar Parti Lontar Pandangan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) sekali lagi tampil dengan produk baharu apabila menerbitkan segmen PUMAS Off-Site yang menampilkan tokoh-tokoh serta individu-individu berpengaruh di luar parti dengan memperkatakan pelbagai topik. Segmen tersebut dihoskan sendiri oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan buat pertama kalinya disiarkan hari ini dengan mengundang Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha dan […]

» Read more

Muafakat Nasional Terbuka Untuk Semua, Asalkan Bersedia Terima Prinsip Yang Digariskan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Sesiapa sahaja dialu-alukan menyertai Muafakat Nasional jika bersedia menerima segala prinsip dan nilai teras yang digaris serta dikongsi bersama, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Dalam satu nukilan dengan tajuk ‘Lahirnya Muafakat Nasional’ yang dimuat naik di Facebooknya, Dr Asyraf berkata Muafakat Nasional lahir selaras dengan tuntutan agama. “Lahirnya Muafakat […]

» Read more

Terbalikkan Jalur Gemilang: Tindakan Kurang Ajar, Dungu Dan Biadap – Mustafa

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Secara peribadi, perbuatan menterbalikkan Jalur Gemilang merupakan satu tindakan yang dungu, kurang ajar serta biadap terhadap negara, bidas Exco Pemuda UMNO Malaysia Mustafa Shah Abdul Hamid. Tegasnya, menterbalikkan Jalur Gemilang bermaksud meletakkan bulan bintang, warna kuning dan biru ke bawah dan pasti ada niat yang tersirat pihak berkenaan kerana setiap elemen itu mempunyai maksudnya tersendiri. […]

» Read more

Letupan Di Beirut: Kita Bersedih… Semoga Kerajaan Lubnan Dan Rakyatnya Tabah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ibu Kota Lubnan, Beirut dikejutkan dengan letupan besar yang mengorbankan banyak nyawa. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa dukacita dan turut bersedih dengan laporan itu. “Kita bersedih dengan laporan yang menyayat hati di Beirut taktala seluruh dunia masih berperang dengan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan pendek menerusi media sosial […]

» Read more

Keadilan Untuk Arwah Adib Jangan Dilengah-lengahkan – Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa sewajibnya pendakwaan yang patut dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim adalah kesalahan yang berkaitan dengan jenayah membunuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Bab 16 Kanun Keseksaan dan bukannya kesalahan himpunan haram. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional […]

» Read more

100 Hari PN Dengan PH Ibarat Langit Dengan Bumi – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata, 100 hari kerajaan di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) adalah sangat berbeza dengan 100 hari di bawah Pakatan Harapan (PH) di mana rakyat sudah dapat melihat dengan jelas kerajaan mana yang boleh membela nasib mereka. Jelas beliau, apa yang dilakukan oleh kepimpinan PN diterima baik oleh rakyat apatah […]

» Read more

PRN Sabah: Pastikan Satu Lawan Satu – UMNO Kalabakan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata semua parti di Sabah yang mesra kerajaan pusat boleh membuat perjanjian untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru atau lebih di Pilihan Raya Negeri (PRN). Ujarnya, Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada UMNO Sabah, PBRS dan MCA dengan rakan-rakan PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PBS dan STAR perlu […]

» Read more

Sikap Hipokrit Dap Suka Beretorik Bukan Lagi Rahsia – Azril Rizal

TEMERLOH, 4 Ogos – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit menyifatkan segala retorik Dap yang kononnya merayakan demokrasi dan masyarakat pelbagai kaum, agama serta lain-lain retorik itu cumalah hipokrit semata-mata. Sebaliknya bidas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh itu, teras dan akar Dap tetap berpegang pada cauvinisme dan sentiasa bersikap anti nasional yang seterusnya akan melakukan apa sahaja […]

» Read more

#Unite4Palestine: Zahid Tegas Tolak Pelan Pengilhakan Tebing Barat Oleh Israel

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas menentang pelan pengilhakan Tebing Barat oleh Israel. “Palestin sentiasa di hati saya,” katanya ringkas dalam satu hantaran di Facebook dengan meninggalkan tanda pagar #Unite4Palestine. Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut menandatangani sokongan kepada perjuangan pembebasan untuk Palestin di Pameran Unite For Palestine di […]

» Read more
1 1,543 1,544 1,545 1,546 1,547 2,107