Tolak Ke Tepi Pertimbangan Politik, Sama-Sama Putuskan Rangkaian COVID-19

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Seluruh rakyat hari diajak untuk sama-sama berganding bahu dengan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19 tanpa perlu mengambil kira atau risaukan pertimbangan politik. Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata dengan tiadanya pengisytiharan darurat atas keputusan mesyuarat Raja-Raja Melayu membawa satu sinar baru untuk seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu bekerja bersama-sama Perdana […]

» Read more

Menjunjung Kasih Tuanku, Keputusan Terbaik Untuk Malaysia – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap titah Yang di-Pertuan Agong bersama Duli-Duli YMM Raja-Raja Melayu telah membuat keputusan terbaik untuk Malaysia dengan tidak mengisytiharkan perintah darurat seperti yang dicadangkan oleh kerajaan. Katanya, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu melalui keputusan ini telah mempertahankan Perlembagaan, mengiktiraf kerja keras dan sumbangan luar biasa petugas kesihatan […]

» Read more

UMNO Seru Semua Kepimpinan Parti Politik Rapatkan Saf, Junjung Titah YDP Agung

KUALA LUMPUR, 25 Okt –  UMNO hari ini menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan dan Raja-raja Melayu atas kebijaksanaan dan kearifan Baginda-baginda Tuanku dalam mendepani kemelut politik negara. “Sejajar dengan titah dan harapan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, serta selaras dengan hasrat UMNO yang mengajak kepada gencatan politik, saya berharap seluruh […]

» Read more

Belanjawan 2021 Dokumen Terpenting, Utamakan Rakyat – Shahril

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berharap agar ahli-ahli politik memberi perhatian sepenuhnya kepada Belanjawan 2021 demi mengutamakan rakyat di mana ia merupakan tanggungjawab utama sebagai pemimpin. Ini katanya selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengingatkan ahli-ahli politik agar berhenti ‘politicking’ dan menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat serta mengutamakan Belanjawan 2021 yang […]

» Read more

Menjunjung Titah Tuanku, Ahli Parlimen Perlu Bermuhasabah – Zahida

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan melahirkan kesyukuran hasil daripada mesyuarat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu telah mengambil ketetapan tiada keperluan isytihar darurat di negara ini atau di mana mana bahagian di Malaysia. Ujarnya, sudah pastinya ia satu keputusan yang terbaik buat rakyat dan negara tercinta. “Kami menjunjung […]

» Read more

Tiada Keperluan Isytihar Darurat – Agong

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamuddin memaklumkan Al-Sultan Abdullah bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat […]

» Read more

Pemuda UMNO Gesa Fokus Agenda Perdamaian, Elakkan Darurat Yang Lebih Memudaratkan

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Minggu lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyaran dan mencadangkan agar digerakkan Agenda Perdamaian Nasional dengan dilakukan gencatan politik di kalangan pemimpin-pemimpin politik melangkaui ideologi parti. Kata Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ia bertujuan bagi memberikan penumpuan sepenuhnya kepada segala usaha menangani pandemik COVID-19 yang makin menggejala dan membantu rakyat yang makin susah dan gelisah. […]

» Read more

Isytihar Darurat, Gantung Parlimen: Masih Ada Pilihan Lain – Najib

Pilihan bukan hanya antara isytihar darurat untuk melawan Covid dengan bubar DUN untuk PRU15. Masih ada pilihan dan cara lain. Mengisytiharkan darurat dan menggantung parlimen perlu menjadi pilihan terakhir. Jika kebimbangan ialah bajet 2021 tidak lulus sehingga kerajaan PN tertumbang maka PN perlu berunding dan berbincang dengan semua pihak agar bajet tidak dibantah. Lagipun saya percaya tiada ahli parlimen mahu […]

» Read more

Raja-Raja Melayu Tiba Di Istana Negara Hadiri Perbincangan Khas

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara hari ini, bagi menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di sini. Perbincangan khas yang dijadualkan pada 2.30 petang itu, dijangka bagi meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lepas ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan. Kenderaan rasmi membawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan […]

» Read more

UMNO Perak Gesa Kerajaan Perkasa Usaha Bantu Rakyat, Bukan Dengan Darurat

IPOH, 25 Okt – UMNO Perak berpandangan bagi usaha tegas untuk melindungi rakyat, kerajaan perlu memperkasakan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk usaha untuk mengetatkannya di kawasan-kawasan yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi. Menurut Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad, di samping itu UMNO Perak juga menyarankan agar bantuan kebajikan, ekonomi dan kesejahteraan mesti terus dilaksanakan. “Ini termasuk moratorium, Bantuan Prihatin serta […]

» Read more
1 1,457 1,458 1,459 1,460 1,461 2,087