7 Kompleks Perpaduan Akan Dibina Di Sarawak – Halimah Sadique

KUCHING, 11 Julai – Kementerian Perpaduan Negara akan membina tujuh kompleks perpaduan di Sarawak, dengan setiap satu bernilai RM1 juta, sebagai pusat aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), kata Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique. 

Beliau berkata tapak akan ditentukan oleh kerajaan negeri dan antara lokasi yang telah dipilih setakat ini ialah Satok dan Samariang.

“Bagi KRT yang belum ada kompleks terbabit dan tiada bangunan tetap, kita akan beri kabin, di dalamnya ada  pendingin hawa dan kelengkapan yang cukup,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Perpaduan Perkasa Komuniti di Kampung Samariang Batu di sini, malam tadi.

Menurut Halimah, ketika ini terdapat 1,049 KRT di Sarawak. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.