Program Bantuan Bakul Makanan Rakyat Sabah Ditambah Baik – Shahelmy

KOTA KINABALU, 29 Okt – Kerajaan negeri Sabah kini dalam proses menambah baik Bantuan Bakul Makanan bagi memastikan program itu benar-benar dapat membantu rakyat yang terkesan susulan pandemik COVID-19. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmy Yahya berkata mekanisme agihan adalah antara penambahbaikan penting bagi memastikan proses agihan dapat dilakukan dengan pantas dan lancar. Beliau berkata pihaknya sedang berusaha […]

» Read more

UMNO Menjunjung Titah Agong, Beri Sokongan Padu Belanjawan 2021 Demi Negara – Shahril

KUALA LUMPUR, 29 Okt. – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong agar ahli-ahli Dewan Rakyat memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara. Ujarnya, kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Tuanku dalam bertitah agar semua ahli politik bersatu untuk meluluskan Belanjawan 2021 menunjukkan bahawa institusi raja sentiasa mengutamakan […]

» Read more

Sempena Maulidur Rasul, Zahid Ajak Seluruh Ahli UMNO Lakukan Enam Amalan Sebagai Amalan Harian

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Sempena memuliakan Maulidur Rasullullah SAW serta untuk menyuburkan lagi pergantungan pada  Allah SWT, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli UMNO seluruh negara mengamalkan beberapa amalan setiap hari selepas Subuh esok hari sebagai amalan harian. Dalam ciapan twitter hari ini beliau memberi enam amalan untuk dijadikan amalan harian. Qunut Nazilah tolak […]

» Read more

Pemuda UMNO Kecam Sekeras-Kerasnya Kenyataan Provokatif Presiden Perancis

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya kenyataan provokatif yang dikeluarkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang telah mencalarkan imej Nabi Muhammmad SAW dan Islam. Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham, pada hari ini Pemuda UMNO telah menghantar memorandum kepada kedutaan Perancis mendesak agar Macron menarik balik kenyataannya. “Pergerakan Pemuda UMNO hari membantah dan […]

» Read more

Bajet 2021 Mestilah Menguntungkan Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata Bajet 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November mestilah bersifat inklusif dan mampan yang akan menguntungkan rakyat. “Rakyat sedang menilai prestasi kerajaan PN (Perikatan Nasional), sama ada lebih baik daripada bajet yang dibentangkan kerajaan PH (Pakatan Harapan) atau sebaliknya,” ujarnya dalam satu hantaran […]

» Read more

Belanjawan 2021: Agong Nasihat Ahli Dewan Rakyat Beri Sokongan Padu

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan oleh COVID-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka menegaskan bahawa belanjawan itu amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas […]

» Read more

Bantuan Kewangan Tambahan, Pulihkan Ekonomi Dengan Haja Tuju Yang Jelas Dan Dinamik – Mohamad

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kerajaan akan mempertimbangkan bantuan kewangan tambahan kepada golongan B40 dan M40 yang semakin terbeban, terutamanya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, pakej rangsangan ekonomi negara sebelum ini terbukti berjaya meringankan beban rakyat dan […]

» Read more

Keputusan MT: UMNO Utamakan Kesihatan Dan Kebajikan Rakyat – Tajuddin

KUALA LUMPUR, 28 Okt – UMNO Bahagian Sik melihat keputusan yang diambil oleh pimpinan parti menerusi ketetapan yang dibuat menerusi Majlis Kerja Tertinggi UMNO memperlihatkan rakyat menjadi pertimbangan utama setelah mengambil kira pelbagai aspek khususnya dalam keadaan negara dilanda COVID-19. Ketuanya Datuk Tajuddin Abdullah berkata secara tidak langsung parti tersebut mengutamakan kesihatan dan kebajikan rakyat yang hari ini rata-rata merasai […]

» Read more

Keputusan MKT Tepat, Junjung Titah Tuanku Dan Letakkan Rakyat Di Depan – Zaidy

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Pemuda UMNO Negeri Sembilan menyambut baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam untuk terus bersama dengan Kerajaan Perikatan Nasional dan menolak sebarang kerjasama dengan Dap serta PKR. Ketuanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata keputusan tersebut merupakan satu keputusan yang tepat dan mengambil kira pandangan serta sentimen daripada ahli akar umbi yang sekaligus jelas […]

» Read more

Agenda Perdamaian Nasional: Keputusan Terbaik Buat Parti Dan Rakyat – Rosni

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Wanita UMNO Negeri Selangor menyatakan sokongan penuh terhadap saranan Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional yang dibuat oleh Presiden Parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan persetujuan keseluruhan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Kata Ketuanya, Datuk Rosni Sohar, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di dalam negeri Selangor yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan […]

» Read more
1 1,455 1,456 1,457 1,458 1,459 2,087