Sempena Maulidur Rasul, Zahid Ajak Seluruh Ahli UMNO Lakukan Enam Amalan Sebagai Amalan Harian

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Sempena memuliakan Maulidur Rasullullah SAW serta untuk menyuburkan lagi pergantungan pada  Allah SWT, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua ahli UMNO seluruh negara mengamalkan beberapa amalan setiap hari selepas Subuh esok hari sebagai amalan harian.

Dalam ciapan twitter hari ini beliau memberi enam amalan untuk dijadikan amalan harian.

  1. Qunut Nazilah tolak bala dalam rakaat terakhir solat Subuh (jika boleh).
  2. Berwirid selepas solat.
  3. Istighfar 100 kali setiap hari selepas solat.
  4. Berselawat 100 kali selepas solat.
  5. Membaca Surah Yasin selepas solat.
  6. Mendoakan kesejahteraan DYMM Yang di-Pertuan Agong, para pemimpin dan rakyat jelata agar dikurniakan ketenteraman, diangkat segala bala dan dikukuhkan keimanan oleh Allah SWT.

Jelas beliau dalam negara yang dikasihi sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian dari segi kesihatan, ekonomi dan kestabilan politik ini kita disarankan memohon ke hadrat Allah SWT bagi mengangkat bala-bala ini dan menunjukkan jalan penyelesaian terbaik.

“Diharapkan dengan amalan kita bersama, termakbullah doa kita. Selamat beramal”, ciap beliau. –UMNO-ONLINE