Banjir: Kepimpinan UMNO Prihatin, Fokus Pastikan Rakyat Sentiasa Terbela

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Banjir yang melanda beberapa negeri sejak beberapa minggu lalu menjadi fokus utama daripada para pemimpin tempatan yang turun padang dan bersama-sama rakyat dalam berdepan musibah tersebut. Dalam hal ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sentiasa peka dan berusaha bagi memastikan mangsa banjir di negeri tersebut mendapat keutamaan setiap masa. Pada sesi […]

» Read more

Hakikat Pendirian UMNO Tegas, Jelas, Konsisten… Fokus Situasi Banjir, Pandemik – Shahril

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan bahawa UMNO sentiasa konsisten mahu memperkasa Muafakat Nasional (MN) dan mengukuhkan pertalian bersama PAS, tanpa menjadi ahli komponen Perikatan Nasional malah pendirian ini tegas, jelas dan konsisten sepanjang masa. Jelas beliau, hakikatnya, walaupun UMNO sedang dan mahu terus lebih fokus kepada situasi banjir dan pandemik melanda negara, dan walaupun […]

» Read more

Kerajaan Sabah Tingkatkan Usaha Tarik Pelabur Luar – Bung

KOTA KINABALU, 8 Jan – Sabah perlu terus meningkatkan usaha menarik pelaburan dari luar untuk membantu membangunkan negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Bung Moktar Radin. Beliau berkata, dengan kemasukan lebih ramai pelabur akan memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan. “Memang sudah ada pelabur termasuk dari China dan Hong Kong yang menunjuk minat untuk membuat pelaburan ke negeri ini,” […]

» Read more

Bank Wajar Pertimbang Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – Sharkar

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menyarankan agar bank-bank di negara ini memberikan moratorium selama enam bulan bayaran ansuran bulanan pinjaman selain memansuhkan caj-caj tertentu kepada pelanggannya yang menjadi mangsa banjir. Menurut beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, penangguhan pembayaran itu perlu diberikan kepada pelanggan-pelanggan perbankan perniagaan, perbankan PKS […]

» Read more

Zahid Dan Pimpinan BN Santuni Mangsa Banjir… Harap Tabah Berdepan Kesukaran

RAUB, 7 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama rombongan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang lain hari ini menyantuni mangsa banjir di beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) di dalam Daerah Raub. Dalam lawatan berkenaan yang turut disertai Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Jawatankuasa Bencana dan Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kasim, […]

» Read more

Jangan Terpengaruh Anasir Buruk, Tukar SUA Perkara Biasa Demi Mantapkan Parti – Exco Wanita

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Pertukaran jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini disandang oleh Tan Sri Annuar Musa kepada lantikan baharu, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah suatu kelaziman yang diamalkan oleh parti. Perkara itu dikongsikan oleh Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Noraslina Zainal Abidin yang mengakui lantikan tersebut adalah sesuatu tindakan yang biasa dan bertujuan untuk […]

» Read more

Puteri UMNO Digerakkan Hulur Bantuan Dan Bersih Rumah Mangsa Banjir

PASIR SALAK, 7 Jan – Skuad Sukarelawan Pergerakan Puteri UMNO di seluruh negara digerakkan untuk membantu mangsa banjir di negeri yang terjejas dengan bencana alam itu termasuk dalam urusan pembersihan. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan berkata bantuan perlu dihulurkan atas dasar keprihatinan sebaik sahaja banjir berlaku sehingga banjir surut, termasuk membantu dalam kerja-kerja pembersihan rumah pascabanjir. […]

» Read more

i-Sinar Atau i-Sedih… KWSP Perlu Segera Tampil Jelaskan Kekecewaan Rakyat

JOHOR BAHRU, 7 Jan – Isu pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau dikenali i-Sinar yang menimbulkan kekecewaan banyak pihak terus mendapat perhatian ramai. Kali ini Wanita UMNO Johor Bahru turut tampil menyatakan mengenai rungutan yang diterima daripada masyarakat umum berkaitan soal berkenaan yang rata-rata menimbulkan kemarahan kerana permohonan masing-masing ditolak setelah dibuka pendaftarannya sebelum ini. Ketuanya Sa’adiah […]

» Read more

MKT Setuju Usul Ke Perhimpunan Agung UMNO: Perkukuh Muafakat Nasional, Putuskan Hubungan PPBM

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memaklumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat telah memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 Bahagian-bahagian UMNO yang telah bersidang di seluruh Malaysia. Katanya, antara usul-usul utama yang dibangkitkan oleh majoriti besar UMNO Bahagian-bahagian ialah mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional mengambil kira sentimen permuafakatan yang telah […]

» Read more

UMNO Tambah Kekuatan Jentera Bantu Mangsa Banjir, Tubuh Pasukan Khas

KUALA LUMPUR, 7 Jan – UMNO akan menambah kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir termasuk pasca banjir. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, yang berlangsung malam tadi di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn. “Mesyuarat juga memutuskan untuk Skuad Sayang Wanita dan Skuad Sabil […]

» Read more
1 1,411 1,412 1,413 1,414 1,415 2,085