Kerajaan Sabah Tingkatkan Usaha Tarik Pelabur Luar – Bung

KOTA KINABALU, 8 Jan – Sabah perlu terus meningkatkan usaha menarik pelaburan dari luar untuk membantu membangunkan negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Bung Moktar Radin.

Beliau berkata, dengan kemasukan lebih ramai pelabur akan memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan.

“Memang sudah ada pelabur termasuk dari China dan Hong Kong yang menunjuk minat untuk membuat pelaburan ke negeri ini,” katanya pada majlis makan malam siratulrahim bersama bekas Ketua-ketua Pemuda UMNO 1991 di sebuah hotel di sini, Khamis malam.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya, berkata pelabur dari China sebagai contoh menyatakan minat untuk membuat pelaburan bagi pembinaan “sky train” yang ada dalam perancangan kementerian.

Selain itu, katanya, bidang pertanian juga mempunyai potensi untuk dimajukan kerana pelabur-pelabur dari luar mempunyai minat dalam sektor tersebut.

“Kita akan berjumpa dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya usaha dilakukan untuk menarik pelaburan dari luar,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan harus menumpukan perhatian untuk membantu rakyat.

“Kita mesti lakukan sesuatu yang boleh membantu mereka dan ini seharusnya menjadi usaha yang berterusan,” katanya.

Jelas beliau lagi, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited untuk membawa perubahan pembangunan tanpa mengungkit kesilapan kerajaan yang lalu sebalik fokus ke hadapan melakukan perubahan.

“Kita tidak mahu mengulanginya segala kesalahan atau kesilapan kerajaan masa lalu apa yang penting kita perlu mencari penyelesaian untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk negeri dan rakyat ” ujarnya.

Menurut beliau jika semua rakyat bersatu termasuk rakan rakan dalam kepimpinan pemuda UMNO sebelum ini dengan mengenepikan fahaman Politik masing-masing masa depan negari sudah tentu boleh diubah dimana kerajaan mengalu-alukan mereka memberi sumbangan menerusi kepakaran dalam bentuk idea, syor dan teguran.

Bung yakin rakan rakan seangkatan dengan beliau dalam era Pemuda UMNO sebelum ini terdiri dari kalangan profesional, peniaga malah ada yang pernah menjadi wakil rakyat lebih dekat dengan rakyat di peringkat akar umbi yang memahami aspirasi rakyat yang sebenarnya.

Tambah Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata sebagai pemimpin yang diangkat oleh rakyat beliau mengamalkan dasar pintu terbuka untuk semua pihak memberi segala teguran pandangan dan idea positif yang boleh membantu merancang serta melaksanakan program pembangunan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. -UMNO ONLINE

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.