PM Seru Rakyat Bersatu Ketika Negara Berusaha Keluar Daripada Krisis Pandemik

GEORGE TOWN, 16 Dis – Membina semula ekonomi bukanlah sesuatu yang mudah, oleh itu adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk terus bersatu ketika negara mengharungi jalan keluar daripada kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata falsafah yang menyokong perniagaan Malaysia dibuktikan dengan komitmen kerajaan terhadap konsep perkongsian awam-swasta. “Justeru, saya […]

» Read more

Untung Berbilion Ringgit, Bank Wajar Serap Caj MEPS – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Pemuda UMNO berpendirian tegas sekarang bukanlah masa sesuai untuk meneruskan kembali caj RM1.00 (Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia-MEPS) yang dikenakan bagi setiap pengeluaran wang tunai antara bank. Ujar Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sebaliknya inilah masanya bank-bank wajar menzahirkan nilai-nilai tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebenar berbanding hanya membudayakan orientasi kapitalisme memaksimumkan keuntungan semata-mata. Katanya, bank-bank […]

» Read more

Benci, Dendam Tun M Kepada UMNO ‘Hanya Allah Yang Tahu’

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Ahli Majlis Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah beranggapan benci dan dendam bekas Perdana Menteri Ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada UMNO dan pimpinannya kini hanya ‘Allah yang tahu’. Pesan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu juga kepada bekas Perdana Menteri Keempat itu, nikmat yang Tun Mahathir perolehi melalui UMNO sebenarnya […]

» Read more

Pindaan RUU 342 Wajar Diteliti Semula – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cadangan terhadap pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) wajar diteliti semula, gesa Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Tegasnya, menghukum individu yang melanggar operasi standard seperti gagal memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sehingga denda maksimum RM10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya adalah sangat tidak munasabah. […]

» Read more

Lulus Pinda Perlembagaan Persekutuan Berkaitan MA63 Bukti Semangat Kesatuan

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kelulusan dengan majoriti lebih dua pertiga Rang Undang-Undang (RUU) meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Rakyat semalam, bukti semangat kesatuan dalam perbezaan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata kelulusan pindaan itu mencatat satu sejarah baharu dan berharap Keluarga Malaysia di Sabah dan Sarawak dapat merasai semua manfaat serta […]

» Read more

Pindaan Akta 342: Wajarkah Dinaikkan Hukuman Dengan Begitu Keras?

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di dalam satu hantaran di Facebook meminta pandangan pelayar maya mengenai cadangan pindaaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Petiknya, cadangan pindaan Akta 342 antara lain ialah jika seseorang individu tidak memakai pelitup muka, pelanggaran kuarantin, berada di tempat sesak boleh dikenakan […]

» Read more

‘Long Covid’ Ekonomi, Rakyat Berharap Skim i-Citra Disambung – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Kesan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suam-suam kuku ternyata memberi implikasi ekonomi yang sangat teruk, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, ia bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi negara, malah terhadap ekonomi rakyat dan pasti mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. “Jika kerajaan baharu sedang […]

» Read more

Kempen Hasut Keluar Dari Malaysia Sangat Bahaya, Ancaman Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa hari ini digesa supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba meraih undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak khasnya dengan memainkan isu mahu ‘membebaskan’ Sarawak atau menghasut supaya Sarawak keluar dari Malaysia. Veteran UMNO yang juga Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Tan Sri […]

» Read more

Ada Pihak Sengaja Membutakan Mata, Sembunyi Kebenaran Demi Halalkan Kehendak

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui bahawa ada segelintir pihak yang sengaja membutakan mata demi mencapai keinginan diri. Katanya, paling membimbangkan golongan ini juga licik menggunakan sentimen keagamaan termasuk menjatuhkan pihak lain yang tidak sealiran. “Tidak semua sanggup menentang kebatilan, memilih untuk tunduk disebabkan tahu lara dan likunya… meski begitu yang tunduk […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan Bukti UMNO Demokratik, Fokus Agenda Perjuangan – Norshida

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim berpandangan mesyuarat Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian yang berlangsung di seluruh negara minggu lalu menyaksikan pelbagai idea bernas dilontarkan. Katanya ini menunjukkan perkembangan bahawa UMNO masih menunjukkan sifat demokratik dan fokus dalam membela rakyat demi kemakmuran Malaysia. “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Wanita UMNO Bahagian […]

» Read more
1 1,137 1,138 1,139 1,140 1,141 2,059