Pindaan Akta 342: Wajarkah Dinaikkan Hukuman Dengan Begitu Keras?

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di dalam satu hantaran di Facebook meminta pandangan pelayar maya mengenai cadangan pindaaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Petiknya, cadangan pindaan Akta 342 antara lain ialah jika seseorang individu tidak memakai pelitup muka, pelanggaran kuarantin, berada di tempat sesak boleh dikenakan hukuman sehingga penjara 7 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Apa pandangan semua? Apakah wajar dipinda untuk dinaikkan hukuman yang begitu keras sekali?” soalnya lagi.

Untuk rekod, Akta 342 kini memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan denda sebanyak RM1,000 bagi individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti tidak memakai pelitup muka di tempat umum.

Sehingga berita ini disiarkan, tedapat lebih seribu netizen memberi reaksi dan komen melontarkan pandangan masing-masing.

Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan hukuman yang terlalu keras hingga ke tahap dipenjarakan, antaranya dari ‘top fan’ seperti individu yang menggelarkan diri sebagai Samali Mali dan Hasni Hasbullah yang mengatakan tidak wajar dilaksanakan.

Begitu juga pendapat Muhamadhamdanmohdasri:

“Tak wajar sama sekali. Sebab ni bukan jenis SOP Endemik ni. Cakap nak masuk Endemik. Ni SOP control total.

“WHO pun xbuat undang-undang macam ni. Dr Tedros WHO tu relax ja bercakap sidang media tak pakai mask.”

Manakala Sed Abd memberi pandangan setiap hukuman perlulah kepada mendidik masyarakat.

“Sepatutnya hukuman lebih mendidik masyarakat. Contoh lebih kpd khidmat masyarakat.. di hospital covid selama 1bulan.. jika gagal ditambah.. kalau penjara ni mcm melakukan kesalahan jenayah spt merompak & mencuri.”

Terdapat juga para netizen yang bimbang jika ia dilaksanakan dikhuatiri terdapat unsur pilih kasih di dalam penguatkuasaan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.