Benci, Dendam Tun M Kepada UMNO ‘Hanya Allah Yang Tahu’

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Ahli Majlis Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah beranggapan benci dan dendam bekas Perdana Menteri Ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada UMNO dan pimpinannya kini hanya ‘Allah yang tahu’.

Pesan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu juga kepada bekas Perdana Menteri Keempat itu, nikmat yang Tun Mahathir perolehi melalui UMNO sebenarnya melebihi daripada orang lain.

“Bersyukurlah. Dan jangan ingat Tun sahaja yang baik daripada orang lain.

“Jangan juga ingat semua orang suka pada Tun. Kita pun tahu apa yang Tun lakukan.

“Lagipun Tun tiada apa kaitan lagi dengan UMNO. Cuba sesekali berdoa untuk kebaikan orang lain,” tegur Dr Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, sebuah portal media arus perdana melaporkan kenyataan Tun Mahathir yang dipetik di Facebook, membuat tuduhan UMNO kini dirampas oleh perasuah dan penyangak dengan menggunakan UMNO dan orang Melayu untuk jadi kerajaan serta menggunakan kuasa kerajaan untuk memperkayakan diri.

Bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga menuduh UMNO telah menyebabkan negara bertukar status dari menjadi ‘Harimau Asia’ kepada kleptokrasi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.