Mesyuarat Perwakilan Bukti UMNO Demokratik, Fokus Agenda Perjuangan – Norshida

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim berpandangan mesyuarat Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian yang berlangsung di seluruh negara minggu lalu menyaksikan pelbagai idea bernas dilontarkan.

Katanya ini menunjukkan perkembangan bahawa UMNO masih menunjukkan sifat demokratik dan fokus dalam membela rakyat demi kemakmuran Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Wanita UMNO Bahagian Segamat dan Wanita UMNO Bahagian di seluruh negara yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Mesyuarat kita telah dipermudahkan oleh Allah SWT kelancarannya menunjukkan keikhlasan kita dengan tersusun kemas organisasinya.

“Sekaligus membuktikan bahawa UMNO masih stabil dan biarlah rakyat melihat, parti ini sahajalah yang perlu diberikan kepercayaan dan mandat yang besar demi memajukan dan memakmurkan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat turut meluahkan penghargaan kepada akar umbi yang begitu komited dalam menjayakan persidangan kali ini.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan kelancaran persidangan Wanita UMNO Bahagian Segamat.

“Kombinasi seluruh sayap pelbagai peringkat tentunya akan memberi kekuatan yang padu kepada UMNO, insya-Allah UMNO akan terus mendapat kepercayaan rakyat! Hidup UMNO!,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.