Banjir: UMNO Terus Bersama Rakyat, Fasa Kedua Lebih Mencabar – Noorazli

SEPANG, 23 Dis – Situasi bencana banjir yang semakin pulih di Selangor membolehkan mangsa-mangsa terlibat kembali ke kediaman masing-masing untuk membersih, mengemas atau melihat kerosakan yang dialami. Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said menekankan bahawa UMNO sentiasa bersama rakyat mendepani kesulitan dan berharap agar lebih ramai lagi pihak akan turun padang bagi membantu mereka dalam fasa kedua. […]

» Read more

Banjir: MB Selangor Perlu Ketepikan Sentimen Politik, Fokus Bantu Rakyat – Noh

PUTRAJAYA, 22 Dis – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berharap fokus untuk membantu rakyat yang menghadapi bencana banjir diberikan perhatian sewajarnya berbanding memainkan sentimen politik. Katanya ini ekoran kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang seolah-olah menyalahkan beliau dengan insiden banjir buruk yang terjadi di negeri itu. “Ada yang cuba hendak mainkan politik… […]

» Read more

Demi Kelangsungan Hidup, Menteri Kewangan Wajar Penuhi Permintaan Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa dalam keadaan hari ini amat wajar Menteri Kewangan memenuhi permintaan rakyat agar skim i-Citra dilanjutkan. Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), ini kerana secara tidak langsung wang itu akan dapat digunakan oleh mangsa banjir untuk kembali bangkit daripada kemusnahan. “Bantuan kerajaan berserta RM10,000 wang […]

» Read more

Banjir: Negara Dukacita… Wanita UMNO Gerakkan Jentera Pelbagai Peringkat

KUALA LUMPUR, 22 Dis – “Wanita UMNO mengerakkan semua jentera Wanita di pelbagai peringkat untuk membantu mangsa-mangsa banjir di tempat masing-masing dan juga kawasan berhampiran dengan segala kudrat yang ada untuk membantu keluarga-keluarga yang terkesan.” Demikian tegas Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim yang menganggap bahawa ini adalah kejadian bencana luar biasa dan mimpi buruk kepada semua. “Seluruh negara berdukacita dengan […]

» Read more

Banjir: Jangan Tuding Jari, Berlapang Dada Fokus Bantu Mangsa

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru semua pihak untuk berlapang dada dengan ujian melanda khususnya bencana banjir yang berlaku ketika ini. Katanya, perkara yang lebih penting adalah semua pihak yang berkemampuan mengambil peranan masing-masing bagi memastikan golongan terjejas ini dibantu dengan sebaiknya. “Yang penting jangan banyak menuding jari tapi terus […]

» Read more

Banjir: Jentera UMNO Terus Komited Bantu Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA SELANGOR, 22 Dis – Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata semua jentera UMNO di seluruh negara komited membantu semua mangsa banjir yang terjejas sekarang ini. Katanya yang telah turun di sekitar Lembah Klang dan Selangor, beliau melihat jentera UMNO khususnya sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri turut serta menguruskan mangsa banjir seperti memasak makanan serta […]

» Read more

Sertai Team Pemuda UMNO, Fasa 2 Pembersihan Pasca Banjir Lebih Mencabar

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO mengakui bahawa pembersihan pasca banjir yang dianggap fasa kedua adalah lebih mencabar khususnya bagi mangsa-mangsa banjir dan sukarelawan. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kebanyakan tempat air banjir sudah surut dan ramai sudah pulang ke rumah masing-masing iaitu jika rumah masih selamat. “Kini sudah masuk Fasa Pembersihan. Fasa yang lebih mencabar […]

» Read more

Nafi Usul Tergempar Banjir Di Parlimen… Tak Sensitif, Pengabaian Tanggungjawab – Mohamad

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Menafikan usul tergempar di Parlimen bagi membahaskan kemaslahatan nasional paling mendesak dan paling meruncing, pada saat paling genting dan paling perlu, adalah tindakan sangat tidak sensitif, ‘unparliamentary’ dan pengabaian tanggungjawab yang serius. Demikian tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN). Ujarnya, Parlimen adalah medan utama untuk semua […]

» Read more

Tradisi UMNO/BN Ikhlas, Komited Bantu Rakyat Berdepan Ujian – Zahid

SEPANG, 21 Dis – UMNO serta Barisan Nasional (BN) akan terus komited membantu rakyat terutama ketika bencana alam yang melanda beberapa buah negeri termasuk di Lembah Klang. Jelas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi situasi itu terbukti apabila jentera parti bertungkuns-lumus membersihkan kediaman yang rosak termasuk memberikan bantuan keperluan harian. “Keprihatinan UMNO dan BN ini bukan kerana ada unsur-unsur […]

» Read more

Bantuan Kewangan Kepada Mangsa Banjir Perlu Disegerakan

JELEBU, 21 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu pembayaran bantuan kewangan RM1,000 kepada setiap keluarga yang terjejas banjir disegerakan. Katanya beliau telah membangkitkan perkara itu semasa mempengerusikan mesyuarat khas bersama menteri besar negeri yang terlibat banjir supaya memfokuskan kepada operasi pasca bencana alam itu. “Saya telah umum semalam, kerajaan sediakan peruntukan awal. Makna ada lagi. Peruntukan […]

» Read more
1 1,131 1,132 1,133 1,134 1,135 2,058