Dua Adun PKR Umum Keluar Parti, Kerajaan PH Kedah Tumbang

SUNGAI PETANI, 12 Mei – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dari PKR hari ini mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN). Mereka adalah ADUN Lunas Azman Nasrudin, dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee. Susulan pengumuman kedua-dua wakil rakyat itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) […]

» Read more

Fitnah: Menteri Kesihatan Tuntut Mohon Maaf, Bayar RM30 Juta Atas Dakwaan Kontrak KKM

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba mengemukakan surat tuntutan ganti rugi RM30 juta terhadap Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), dan membuat permohonan maaf secara terbuka, ekoran mengaitkannya dengan sebuah syarikat yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas satu kontrak dengan nilai sama. Dalam surat itu, peguam Dr Adham, Nasser Yusof berkata, NGO itu […]

» Read more

Bebaskan Malaysia Daripada COVID-19 Tanggungjawab Bersama – PM Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Rakyat diingatkan agar bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dalam memutuskan rantaian COVID-19 pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini bagi memastikan negara bergerak ke arah bebas daripada pandemik itu. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fasa ini memerlukan usaha yang lebih jitu daripada seluruh rakyat Malaysia kerana disiplin diri amat penting bagi memastikan usaha […]

» Read more

UMNO Mendepani Politik Masa Hadapan, Gunakan Peluang Kedua Untuk Terus Bangkit

LIPIS, 12 Mei – Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang, Farid Mohd Nor berkata, mendepani politik masa depan, peluang menjadi sebahagian daripada kerajaan yang diperoleh UMNO hari ini perlu digunakan sebaiknya untuk meraih semula keyakinan rakyat. Jelas beliau, usaha perlu dilakukan untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan lalu agar rakyat terus menyakini bahawa parti keramat ini mampu membawa suara mereka. “Selamat […]

» Read more

Hari UMNO Ke-74: Cabaran, Semangat Dan Norma Baharu Bersandarkan Kepentingan Rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Sambutan Hari UMNO ke 74 kali ini dalam lengkungan norma baharu, di bawah cabaran-cabaran yang mungkin tidak pernah terfikir akibat pandemik COVID-19, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Khaidhirah Dato Abu Zahar. Ujarnya, UMNO sedang melalui fasa yang baik melalui Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan hanya bersandarkan kepentingan rakyat namun dalam menghadapi krisis COVID-19, […]

» Read more

UMNO 74: Parti Yang Cukup Lama Dan Matang, Perlu Diuruskan Sebaiknya Untuk Terus Relevan

  KUALA LUMPUR, 11 Mei – UMNO dilihat telah menjadi sebuah parti yang begitu lama selain matang dan ianya mempunyai pengurusan di semua peringkat kepimpinan yang membolehkannya terus relevan dan terus menjadi satu-satunya parti kebergantungan orang Melayu untuk tempoh akan datang. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Jalaluddin Alias berkata hakikat itu cukup penting kerana tanpa UMNO, rakyat dapat […]

» Read more

Kembalikan Parti Kepada Kedudukan Asal, Dengan Syarat Utamakan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Pengerusi Akademi UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata sebagai parti terbesar dan berjasa dalam negara ini, UMNO mesti kembali ke kedudukan asal sebagaimana sebelum ini yang mengetuai kerajaan di persekutuan dan juga negeri. Namun demikian ujarnya, untuk kembali, tiada pilihan bagi pemimpin dan ahli UMNO selain perpaduan mesti diletakkan keutamaan. “Ini sangat penting […]

» Read more

Barisan Hadapan Terus Dihargai, Terima Anugerah Hari UMNO – SUA

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Sempena sambutan ulang tahun ke-74, UMNO hari ini menyampaikan Anugerah Hari UMNO kepada petugas Barisan Hadapan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka yang bekerja tanpa henti menyabung nyawa di dalam memerangi wabak COVID-19. Ujar Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Timbalan Ketua […]

» Read more

Tuduh Kerajaan PN Tidak Sah? Itu Satu Tindakan Mencabar Kuasa Yang di-Pertuan Agong – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas pihak yang mengatakan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional sebagai tidak sah. Tegasnya, tindakan tersebut jelas kelihatan mencabar kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong. “Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan. Perlembagaan sangat jelas. Kuasa Yang di-Pertuan Agong besar sehingga tidak boleh dicabar dan dipertikaikan di dalam mana-mana […]

» Read more

UMNO 74 : Iltizam UMNO Negeri Perkukuh Parti Menuju Kejayaan PRU-15

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Hari ini UMNO menyambut ulang tahun ke-74 dalam satu norma baru dek kerana pandemik COVID-19. Justeru itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan sidang video secara langsung bersama semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan ia turut disertai oleh tiga wakil kelab UMNO Luar Negara. Secara keseluruhannya, apa yang ditekankan adalah […]

» Read more
1 1,115 1,116 1,117 1,118 1,119 1,626