Rekod Perkhidmatan BN Dicemburui Seteru Politik – Ahmad Zahid

AYER HITAM, 10 Feb – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rekod perkhidmatan BN yang paling lama memerintah negara sejak era Perikatan dicemburi oleh seteru-seteru politiknya. Kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, setelah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, dapat disaksikan wujud proses meminggirkan BN yang telah dilakukan oleh seterunya. “Saya harapkan semua jentera […]

» Read more

Wan Saiful Keliru Dengan Kegagalan Sendiri – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan membidas Ketua Penerangan PPBM yang dianggap nampaknya sudah menjadi agenda rasmi untuk menyerang UMNO sejak kebelakangan ini. Terbaharu, Wan Saiful Wan Jan dilapor berkata bahawa Datuk Seri Hasni Mohammad adalah Menteri Besar (MB) yang gagal. “Tapi macam manifesto PH yang dia tulis, beliau sendiri keliru dengan apa yang dikatakannya dan […]

» Read more

PRN Johor: Semoga Yang Terbaik Jadi Pilihan… Jangan Pisang Berbuah Dua Kali – Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb, dan pengundian awal pada 8 Mac. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar yang terbaik menjadi pilihan rakyat. “SPR sudah umumkan tarikh PRN Johor. Semoga […]

» Read more

PRN Demi Kemakmuran Rakyat, BN Sedia Tangkis Tohmahan Pihak Lawan – Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Feb – UMNO Bakri bukan sahaja telah menggerakkan segala keperluan dan perancangan untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang baru sahaja diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan (SPPR), malah turut bersedia untuk menangkis segala tohmahan yang akan berlegar sepanjang PRN nanti. Ketua bahagiannya, Fuad Tukirin berkata tentunya antara tohmahan pihak lawan adalah berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) […]

» Read more

PRN Johor: SUA Teruskan Siri Perjumpaan, Perkemas Gerak Kerja UMNO

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meneruskan siri perjumpaan beliau ke UMNO Bahagian-bahagian sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Beliau semalam melakukan kunjungan ke Labis dan Sekijang mendengar taklimat dan perbincangan bersama kepimpinan bahagian dan jawatankuasa dalam merangka strategi untuk Barisan Nasional (BN) menawan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah […]

» Read more

PRN Johor: Tarikh Mengundi 12 Mac, Penamaan Calon Pada 26 Feb – SPR

JOHOR BAHRU, 9 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb manakala pengundian awal pada 8 Mac. Pengumuman dibuat Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu di […]

» Read more

Harga Barang: Zahid Gesa Tindakan Signifikan Bantu Rakyat… Zaman BN Dah Rangka Pelbagai Akta

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap pengumuman harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen belum cukup signifikan untuk membantu rakyat berdepan kenaikan kos sara hidup. Tegasnya, isu berhubung peningkatan kos pengeluaran barang keperluan yang sering dijadikan alasan harus diperhalusi bagaimana untuk menanganinya. “Jika isu harga barang keperluan ini tidak ditangani […]

» Read more

PRN: Bukti Hasni Pemimpin Berjiwa Besar, Pentingkan Agenda Makmurkan Johor – Bastien

JOHOR BAHRU, 9 Feb – Keputusan yang diambil untuk menyerahkan mandat kepada rakyat Johor menunjukkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad adalah berjiwa besar dan tidak tamak kuasa seperti dakwaan segelintir pihak, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn. Katanya ini kerana, sekiranya Hasni adalah pemimpin yang digambarkan sebagai tamak semestinya beliau akan terus mengekalkan kuasa dalam memimpin negeri itu. “Keputusan […]

» Read more

Undi18 Peluang Golongan Muda Tentukan Kestabilan, Pilih Pemimpin Terbaik Di PRN Johor

  JOHOR BAHRU, 9 Feb – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan berlangsung tidak lama lagi dan lebih 2.5 juta orang di Johor layak mengundi termasuk penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik. Dengan peningkatan jumlah pengundi dalam kalangan anak muda ini, diharapkan golongan ini mampu melakukan perubahan dalam situasi politik semasa di Johor. Bagi Ahmad […]

» Read more

Lebih Baik Adakan PRN Daripada Bergayut Pada Satu Undi – Khaled

KUALA LUMPUR, 9 Feb – “Kalau dahulu dituduh sebagai pintu belakang maka tunjukkan bahawa kita bukan sebegitu bila ada peluang sebaiknya maka kita akan buktikan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.” Demikian pandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkenaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor seterusnya memberi laluan kepada PRN diadakan. Katanya, PRN ini penting untuk memastikan […]

» Read more
1 1,098 1,099 1,100 1,101 1,102 2,054