PRN Johor Satu Pembaziran Wang Rakyat? Ramlan Sanggah Kenyataan Akmal Nasir

Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan Yang Berhormat (YB) Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bharu yang mengatakan perbelanjaan beratus juta untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu pembaziran wang rakyat. Saya tidak menyangka yang YB Akmal, seorang pemimpin muda dan berpelajaran tinggi masih lagi menggunakan teknik yang sudah lapuk sebagai propaganda yang seolah-olah memperkecilkan keupayaan pengundi untuk berfikir. Pertama […]

» Read more

Terus Bersedia, Perkemas Jentera Untuk Kemenangan BN – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah bergantung kepada kekuatan jentera parti. Ujar Naib Presiden UMNO itu, jentera BN sentiasa bersedia dan terus diperkemaskan untuk memastikan kemenangan demi kestabilan rakyat dan negeri Johor. “Paling penting ialah kita tidak berpecah. Dalam sesebuah perjuangan, […]

» Read more

Guna Logo Sendiri Di PRN… Bibit Perpecahan Antara PKR Dan PH – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan keputusan PKR untuk menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH). Katanya, bibit perpecahan antara mereka juga dapat dihidu setelah kekalahan PH di Melaka termasuk PKR yang gagal menyumbang sebarang kerusi pada parti mereka. “Kalau […]

» Read more

PM Adakan Perjumpaan Tertutup Dengan Pimpinan BN Muar

MUAR, 11 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri perjumpaan tertutup bersama jentera Barisan Nasional (BN) Muar di Dewan Tun Sulaiman, Bangunan UMNO Johor, pagi ini. Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO tiba di bangunan itu pada 10.45 pagi dan meluangkan masa kira-kira tiga jam di sana. Pertemuan yang turut dihadiri Pengerusi BN Johor Datuk Hasni […]

» Read more

Tiada Guna Bergabung, Jika Tiada Kesefahaman Dan Kestabilan – Sharkar

TEMERLOH, 11 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan kerjasama politik pelbagai parti sukar diramal sehingga menyebabkan ketidakstabilan dalam sistem politik serta tampuk pemerintahan negara. Katanya, rakyat tentunya dapat melihat sendiri kesannya di mana pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu Pakatan Harapan (PH) memenanginya yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, […]

» Read more

PRN Johor: Muda Dikatakan Pencabar Utama? UMNO/BN Tak Gentar – Azhari

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan kelak. Katanya, berbekalkan pengalaman yang dimiliki UMNO tidak gentar untuk berhadapan dengan mana-mana parti termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang pertama kali akan menyertai pilihan raya. […]

» Read more

Rakyat Muak Drama Politik, PRN Terbaik Stabilkan Negeri – Norshida

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Rakyat di negeri Johor sudah muak dengan drama politik yang terjadi dan memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim. Jelas beliau lagi, ini kerana rakyat sudah merasai pengalaman berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan sebagai gagal meneruskan agenda pembangunan negeri. “Sekarang Dewan Undangan […]

» Read more

BN Tidak Gusar, Siap Siaga Berdepan PRU15 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Barisan Nasional (BN) tidak gusar dengan mana-mana parti politik di negara ini, kerana gabungan itu sentiasa bersiap siaga untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menyifatkan PRU15 mustahak untuk memastikan keadaan politik Malaysia kembali pulih, dan kestabilan politik penting untuk memastikan […]

» Read more

UMNO Laksana Pendekatan Baharu Dekati Golongan Pengundi 18 Tahun – Bung Moktar

LABUAN, 11 Feb – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melakukan beberapa pendekatan baharu bagi mendekati 5.8 juta golongan berusia 18 hingga 21 tahun yang berdaftar sebagai pengundi secara automatik bermula pertengahan Disember tahun lepas. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, apa yang paling mustahak parti perlu mengetahui pemikiran, cita rasa serta kehendak mereka […]

» Read more

Amat Kasar Dan Tidak Berfakta, Tuduh UMNO Asabiyyah Ketika Hampiri PRN

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduh UMNO menolak perpaduan hanya kerana enggan menyertai Perikatan Nasional (PN). Beliau turut menggambarkan tohmahan asabiyyah terhadap UMNO ketika menghampiri Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor itu amat kasar dan tidak berfakta. “Kita faham mereka sebenarnya kecewa UMNO tidak menuruti kehendak mereka supaya […]

» Read more
1 1,096 1,097 1,098 1,099 1,100 2,054