PRK CHINI: Pengundi Sokong Calon BN, Sharim Mudah Didekati Dan Terima Pandangan

  PEKAN, 21 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain menjadi perhatian penduduk di sini khususnya golongan belia, yang jelas begitu teruja dengan kepercayaan pemimpin parti meletakkan golongan muda untuk menjadi wakil rakyat. Tinjauan UMNO-Online mendapati penduduk setempat sepakat menyokong usaha yang mahu dilaksanakan Mohd Sharim iaitu […]

» Read more

Kelonggaran SOP Berkempen, Jentera Penuh Semangat Dan Semakin Mantap – SUA

  PEKAN, 20 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyambut baik kelonggaran yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Jaya (SPR) sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. Katanya, ia secara tidak langsung dapat menyemarakkan semangat jentera untuk berkempen dengan lebih gigih sepanjang tempoh kempen dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan. […]

» Read more

UMNO Sabah Sedia Hadapi Pilihan Raya Bila-bila Masa – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 20 Jun – UMNO Sabah bersedia untuk menghadapi pilihan raya sekiranya ia diadakan secara mengejut pada bila-bila masa, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata UMNO Sabah memandang serius laporan media mengenai kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan merancang mengadakan pilihan raya mengejut pada suku pertama tahun 2021. “Saya […]

» Read more

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Bukti Keprihatinan Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan syabas kepada Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Dr. Samsul Anuar Nasarah dan juga Pengerusi TNB serta semua pihak yang telah berusaha dan bertungkus-lumus mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan masalah kenaikan bil elektrik mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, pengumuman ini adalah bukti keprihatinan […]

» Read more

Bantuan Prihatin Elektrik: Tanda Penghargaan Rakyat Sebagai Barisan Penting Lawan COVID-19

KUALA LUMPUR, 20 Jun – UMNO menyambut baik dan amat berterima kasih kepada kerajaan atas peruntukan tambahan Bantuan Prihatin Elektrik yang memberi kelegaan kepada rakyat terutama empat juta atau 55.2 peratus pengguna domestik yang menikmati bekalan elektrik percuma bermula April hingga Jun ini, kata Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan. Ujarnya, mendengar suara rakyat juga menjadi bukti prestasi kerajaan ditahap terbaik dalam […]

» Read more

Keluhan Didengar, Kerajaan Cakna Permasalahan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang cakna permasalahan rakyat. Beliau berkata demikian ekoran pengumuman gembira kerajaan kepada pengguna yang terkesan dengan kenaikan bil sepanjang PKP dari April hingga Jun 2020. “Dengan pakej Bantuan Prihatin Elekterik tambahan berjumlah RM942 juta ini dapatlah mengurang beban ramai pengguna terutamanya […]

» Read more

Mohd Sharim Tekad Pegang Amanah, Teruskan Perjuangan Mentor

PEKAN, 20 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain tekad memberi khidmat yang terbaik di kawasan tersebut selain meneruskan legasi perjuangan mentornya, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun. Bersyukur atas kelancaran proses penamaan calon, Mohd Sharim berkata kepercayaan yang diberikan oleh parti merupakan satu amanah kepadanya. “Alhamdulillah dan hari ini […]

» Read more

Bantuan Prihatin Elektrik: Terima Kasih Dengar Rintihan, Suara Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman kerajaan berkaitan bil TNB hari ini. Terdahulu, TNB melalui Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah telah mengumumkan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan yang akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan. “Terima kasih kerana mendengar rintihan dan suara rakyat,” kata Ahmad Zahid […]

» Read more

Terima Kasih Kerajaan Bantu Tangani Isu Lonjakan Bil Elektrik, Dengar Suara Hati Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid berikutan pengumuman Bantuan Prihatin Elektrik tambahan hari ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan mendengar keluh kesah dan suara hati rakyat yang merasai keperitan dan kesusahan kerana […]

» Read more

Sharim Mahu Bawa Lebih Banyak Pembangunan Ke Chini

PEKAN, 20 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain berazam membawa lebih banyak pembangunan bagi menjadikan kawasan DUN itu, yang sebahagian besarnya kawasan Felda, setanding dengan tanah rancangan Felda lain di negara ini. Mohd Sharim, 41, berkata sebagai generasi kedua Felda Chini 3, beliau berpandangan masih ada […]

» Read more
1 1,075 1,076 1,077 1,078 1,079 1,612